Terapi Sihir Pendarahan (Istihadhah)
Sihir jenis ini yerjadi kerana masuknya jin yang diperintahkan oleh penyihir ke dalam rahim seorang perempuan. Dia menggerakkan urat tertentu pada rahim perempuan yang bersangkutan, sehingga dia mengalami pendarahan menurut istilah perubatan, atau istihadhah menurut istilah para ulama ahli fiqh.
Berkenaan dengan istihadhah, keitka Hamnah binti Jahsy RA bertanya kepada Nabi SAW, baginda menjawab:
“Sesungguhnya (istihadhah) itu adalah pukulan dari syaitan.” (HR. At-Tirmizi)
Dalam riwayat lain:
“Sesungguhnya itu hanyalah darah yang berasal dari pembuluh dan bukan haid.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)
Terapi bagi perempuan yang terkena sihir seperti ini adalah dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah pada air, lalu penderita minum sebahagian air dan juga mandi dengannya. Sesudah tiga hari, aliran darah istihadhah ini akan terhenti, dengan izin Allah. Sihir seperti ini hanya terjadi pada perempuan sahaja.