Apakah Ada Dengki Di Dalam Syurga?

18

Apakah ada dengki di syurga? Jawapannya ialah tidak.

Tidak pernah terbayang bahawa di dalam syurga itu ada kedengkian, sedangkan di dunia sahaja tidak pernah ada kedengkian di antara para calon penghuni syurga. Ini kerana di dalam syurga itu tidak ada kesempitan dan persaingan. Syurga tidak akan dapat dicapai kecuali dengan pengenalan (makrifat) kepada Allah SWT yang tiada persaingan padanya di dunia.

Penghuni syurga pastilah bebas dari sifat dengki, baik di dunia mahupun akhirat. Allah SWT berfirman: “Sedang mereka rasa bersaudara duduk berhadapan di atas bangku.” (Al-Hijr: 47)

Lebih dari itu, dengki termasuk salah satu sifat yang dijauhkan dari kelapangan tempat yang tinggi iaitu (syurga). Untuk dicampakkan ke dalam sempitan penjara (dunia). Oleh sebab itu, syaitan yang terlaknat disematkan kerana sifat ini (dengki). Salah satu wujudnya adalah ketika dia mendengki Adam AS di atas berbagai keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirinya. Tatkala dia disuruh untuk bersujud kepada Adam AS, maka dia bersikap arogan dan enggan, berbuat derhaka maksiat.

Dengki ada, kerana ingin mendapat sesuatu yang tidak dapat dicapai secara sempurna. Oleh sebab inilah, engkau tidak akan melihat manusia mendengki kerana melihat perhiasan langit. Akan tetapi mereka mendengki kerana melihat keindahan panorama taman yang indah di permukaan bumi. Padahal seluruh bumi ini tiada harganya bila dibandingkan dengan langit. Akan tetapi kerana begitu luasnya kawasan yang mencakupi seluruh pandangan mata, maka tiada persaingan dan kedengkian sama sekali di dalam syurga.

Jika engkau faham dan menyayangi dirimu sendiri, engkau harus mencari nikmat yang tiada persaingan padanya, mencari kelazatan yang tiada kekeruhan padanya. Itu tidak diperolehi di dunia kecuali dalam usaha mengenali Allah SWT dan mengenali sifat-sifat-Nya serta tindakan-Nya, mengenali keajaiban kerajaan langit dan bumi. Kenikmatan ini juga tidak diperolehi di akhirat kecuali dengan semua pengenalannya.

Jika engkau tidak rindu kepada usaha makrifatullah, maka engkau tidak akan mendapat kelazatannya, lantas terputuslah wawasanmu, melemahlah kemahuanmu, dan kamu menjadi orang yang terhalang pada saat itu.

Sebab, orang yang lemah syahwat itu tidak merindui lazatnya persetubuhan, demikian pula anak kecil, dia tidak pernah merindui lazatnya pernikahan. Kelazatan ini hanya diinginkan secara khusus oleh kaum lelaki dewasa, bukan anak-anak dan bukan pula lelaki yang bertingkah laku seperti perempuan (waria).

Begitu juga kelazatan makrifat, hanya dinikmati oleh kaum lelaki: “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah.” (An-Nur: 37)

Tiada yang merindui kelazatan ini selain mereka, kerana rindu itu muncul sesudah merasakan. Sesiapa sahaja yang tidak merasakan, maka dia tidak mengenal, barangsiapa yang tidak mengenal, maka dia tidak rindu, sesiapa sahaja yang tidak rindu, maka dia tidak meminta. Barangsiapa yang tidak meminta, maka di atidak mengetahui, dan sesiapa sahaja yang tidak mengetahui, maka dia akan tetap bersama orang-orang yang terhalang dari kenikmatan meskipun pada tahap yang paling rendah.

Allah SWT berfirman: “Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (Az-Zukhruf: 36)

Segala puji milik Allah Pemelihara alam semesta.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.