Terapi Sihir Gila

501

Gila merupakan penyakit yang berbahaya. Penyakit ini kadang-kadang disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami seseorang, sehingga yermasuk jenis penyakit jiwa yang dapat diubati dengan terapi perubatan kedoktoran. Tetapi kadang-kadang penyakit gila juga diakibatkan oleh sihir melalui penguasaan jin yang ditugaskan oleh penyihir untuk mengendalikan pusat otak. Orang yang disihir melakukan perbuatan di luar kendali dirinya dan tindakan tidak normal.

Di antara gejalanya adalah serampangan dalam bicara, atau berbual sesuatu yang tidak boleh difahami, kehilangan pertimbangan, tidak tenang berada di satu tempat, bingung dan linglung, berpandangan kosong dan berkeperibadian menyimpang, dan tidak peduli atau tidak memiliki perhatian terhadap aspek yang umum.

Untuk menerapi sihir jenis ini, harus dibacakan ayat-ayat ruqyah kepada penderita sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini. Apabila penderita mula nampak kerasukan, maka penerapi harus berbicara dengan jin dan menyuruhnya keluar dari tubuh si penderita.

Apabila orang tersebut tidak kesurupan, maka pesakit disarankan untuk mendengar lantunan bacaan: surah-surah Al-Bawarah, Hud, Al-Hijr, As-Saffat, Qaf, Ar-Rahman, Al-Mulk, Al-Jin, Al-A’la, Az-Zalzalah, Al-Humazah, Al-Kafirun dan Al-Mu’awwidzatain, sehingga dia sembuh menyeluruh, dengan izin Allah SWT.

Pesakit disyaratkan tidak mengambil ubat penenang selama masa pengubatan, dan dia juga harus menghindari segala jenis kemaksiatan.

Boleh juga dilakukan pembacaan ayat-ayat ruqyah pada air, lalu diminumkan kepada penderita. Jika dia rasa sakit pada perutnya, maka itu menunjukkan bahawa sihir bentuk makanan atau minuman yang sudah dimakan oleh penderita. Jika seperti itu, kesembuhannya terjadi dengan jalan muntah atau hilangnya rasa sakit pada perut.

Boleh juga dilakukan ruqyah dengan membaca surah Al-Fatihah.

Dari Kharijah bin Shalt, dari bapa saudaranya, dia bercerita: “Aku datang menemui Rasulullah SAW lalu memeluk Islam. Kemudian aku bergegas pergi dari hadapan baginda. Aku melalui suatu kaum yang di antara mereka ada seorang lelaki gila yang diikat dengan rantai besi. Keluarganya berkata, ‘Sesungguhnya telah sampai khabar kepada kami bahawa teman kamu ini datang dengan membawa kebaikan, maka apakah kamu mempunyai sesuatu untuk menyembuhkan dia?'”

Kemudian aku meruqyahkan dengan surah Al-Fatihah, maka dia pun sembuh. Mereka pun memberiku seratus ekor kambing. Kemudian aku datang menemui Rasulullah SAW dan ku beritahu kepada baginda peristiwa tersebut.

Baginda SAW bertanya: “Apakah kamu mengucapkan lafaz selain itu?”

Aku menjawab: “Tidak.”

Nabi SAW bersabda: “Ambillah kambing-kambing itu. Sungguh ada orang yang makan dari hasil ruqyah yang batil, sedangkan kamu makan dari ruqyah yang benar.” (HR. Abu Daud)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.