Terapi Sihir Cinta (Guna-guna)
Ibnul Atsir berkata tentang perbahasan ini: “Segala sesuatu, baik berupa sihir mahupun yang lain, yang diyakini membuat seorang perempuan lebih dicintai suaminya, jika meyakininya dapat mempergarui takdir Allah SWT dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan takdir Allah SWT, maka ini termasuk kesyirikan.”
Rasulullah SAW mencela bentuk sihir seperti ini dengan sabdanya: “Sesungguhnya ruqyah, jimat dan guna-guna itu adalah syirik.” (HR. Ahmad dan Abu Daud)
Yang dimaksudkan dengan ruqyah dalam hadis ini adalah ruqyah yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan permintaan bantuan kepada jin. Gejala sihir guna-guna ini adalah sangat kuat keinginan untuk bersetubuh, cinta yang meluap-luap, ketaatan yang membabi buta dari seorang suami kepada isterinya, tidak kuat jika berada jauh darinya dan sangat rindu untuk melihatnya.
Sihir jenis ini kerap berlaku, pemicunya adalah kerana ketidakstabilan dan banyaknya peselisihan dalam kehidupan rumah tangga, kekhuatiran isteri jika suaminya melirik wanita lain atau memiliki kekasih gelap yang membuatkan hati isteri menjadi panas/marah, ataupun prasangka isteri jangan-jangan suaminya telah menikah lagi dengan wanita lain.
Terapi sihir seperti ini adalah dengan bacaan ayat-ayat ruqyah kepada suami yang terkena sihir. Hanya sahaja, bacaan surah Al-Baqarah:120 diganti dengan bacaan ayat-ayat berikut:
“Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allahlah pahala yang besar. Maka bertakwakalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kedekut dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(At-Taghabun: 14-16)
Pada umumnya ketika dibacakan ayat ruqyah, penderita akan rasa mati pada hujung-hujung jarinya, sesak dadanya, pening kepalanya, atau terkadang ada yang sampai pengsan. Ruqyah ini diulangi hingga sempurna pengubatan terhadap si pesakit ini, dan semuanya akan hilang setiap gejala yang sudah disebutkan tadi.
Jika saat dibacakan ayat-ayat ruqyah itu penderita rasa mual, mahu muntah, atau merasakan sakit pada perutnya, bererti dia terkena sihir melalui perantaraan makan atau minuman dan benda sihir itu berada di dalam perutnya. Jika keadaanya seperti ini, dibacakan kepadanya ayat-ayat berikut ini pada air dan diminumkan kepadanya. Apabila dia memuntahkan cairan yang warnanya tidak biasa, misalnya hitam, merah atau kuning, bererti dia telah sembuh dari sihir dengan izin Allah SWT. Jika belum muntah, dia hendaklah minum air sampai dia sembuh dari gangguan sihir. Ayat-ayat itu ialah:
- Surah (Yunus: 81-82)
- Surah (Al-A’raf: 117-118)
- Surah (Thaha: 69)
- Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255)