Terapi Orang yang Didengki Dengan Ruqyah dan Syarat-syaratnya

41

Syaikh Al-Qasthalani berkata: “Adapun ruqyah permohonan, perlindungan dengan menggunakan nama-nama Allah SWT termasuk pengubatan yang bersifat rohani. Apabila diucapkan oleh lisan orang-orang soleh nescaya akan diperoleh kesembuhan dengan izin Allah SWT.”

Para ulama sepakat di atas kebenarannya ruqyah bila tiga syarat berikut ini dipenuhi:

  1. Bila dilakukan dengan Kalamullah, atau dengan Nama-nama-Nya atau Sifat-sifat-Nya.
  2. Dilakukan dalam bahasa Arab, atau dengan bahasa yang diketahui maknanya, walau bukan bahasa Arab.
  3. Dengan keyakinan bahawa ruqyah itu tidak boleh memberi kesan apapun dengan sendirinya, akan tetapi ia hanya akan bermanfaat dengan ketetapan Allah SWT.

Ar-Rabi’, salah seorang murid Imam As-Syafi’i berkata: “Aku bertanya kepada As-Syafi’i tentang ruqyah. Beliau menjawab, ‘Tidak mengapa melakukan ruqyah dengan Kitabullah, dan dengan zikrullah yang sudah dikenali.'”

Aku bertanya: “Apakah boleh seorang Ahli Kitab menruqyah kaum muslimin?” Dia menjawab: “Ya, boleh, apabila mereka meruqyah dengan Kitabulla atau dengan zikrullah.”

Adapun mengenai ruqyah yang dilarang akan dibicarakan setelah ini, insya Allah.

Ada orang yang berpendapat: “Ruqyah tidak dibenarkan kecuali kerana ‘ain atau sengatan haiwan berbisa,” berdasarkan hadis Imran bin Hushain RA.

“Tiada ruqyah kecuali kerana tatapan mata atau dengat binatang berbisa.” (HR At-Tirmizi)

Jawapan atas pendapat itu: makna pembatasan pada hadis ini adalah kedua-duanya merupakan penyakit asal yang memerlukan ruqyah. Perkara yang sama dengan ‘ain adalah ruqyah akibat gangguan atau serangan jin, dan yang sama dengannya, kerana kedua-duanya memiliki persamaan, iaitu muncul kerana faktor syaitan, baik syaitan berupa manusia mahupun jin. Yang sejenis dengan racun atau sengat binatang adalah semua yang mengenai tubuh, berupa luka atau lain yang berpotensi untuk meracun tubuh.

Termaktub dalam kitab Sunan Abi Daud sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, semisal dengan hadis Imran RA dan Rasulullah menambah padanya: “Dan darah (yang terus mengalir) agar berhenti.”

Pada kitab Sahih Muslim, termaktub hadis Anas juga:

“Rasulullah SAW memberi keringanan (membolehkan) ruqyah penyakit yang disebabkan ‘ain, sengat kala dan cacar.”

Pada hadis yang lain, terdapat tambahan: wal udzan (dan juga sakit telinga).

Pada Sunan Abi Daud termaktub hadis As-Syifa’ binti Abdullah RA, dia berkata: “Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang bersama Hafshah. Baginda bersabda kepadaku, ‘Mahupun kamu mengajar Hafshah ruqyah namlah (cacar), sebagaimana engkau mengajarnya menulis?'”

An-Namlah adalah bisul yang keluar dari bahagian perut atau bahagian tubuh yang lain.

Dikatakan: maksud pembatasan pada hadis ini adalah ‘yang paling afdal’. yakni tiada ruqyah yang lebih bermanfaat, sebagaimana yang disabdakan oleh baginda: “Tidak ada pedang kecuali Dzul Faqar,” atau, “Tiada pemuda kecuali Ali.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.