Terapi Mandul

209

Mandul itu ada dua jenis, iaitu:

  1. Mandul yang disebabkan oleh penyakit fizik, yang diterapi oleh para doktor, baik penderita itu lelaki mahupun perempuan.
  2. Mandul yang disebabkan oleh sihir dan serangan jin, yang dpaat diterapi dengan ruqyah.

Gejala-gejala mandul yang disebabkan oleh sihir dan jin adalah hilangnya kesedaran atau menjadi linglung, rasa sakit pada tulang belakang bahagian bawah, gelisah pada waktu tidur, mengalami mimpi buruk dan rasa sesak di dalam dada.

Langkah-langkah untuk terapi mandul yang disebabkan oleh sihir dan serangan jin ialah:

  1. Mendengar ayat-ayat ruqyah beberapa kali setiap hari.
  2. Membaca atau mendengar bacaan surah As-Saffat setiap pagi.
  3. Membaca atau mendengar bacaan surah Al-Ma’arij ketika hendak tidur.
  4. Mengusap dada, tulang belakang, dan kening penderita ketika hendak tidur dengan minyak habbatus sauda’ sesudah membaca surah Al-Fatihah, akhir surah Al-Baqarah, akhir surah Ali-Imran dan Al-Mu’awwidzatain (Al-Falaq dan An-Nas).
  5. Penerapi membaca ayat-ayat pada perkara di atas pada madu, lalu penderita meminum madu itu sebanyak satu sudu makan setiap hari sebelum makan. Terapi ini dilakukan terus-menerus sampai penderita sembuh, dengan izin Allah SWT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.