Sihir Terapi Teriakan dan Kelemahan

187

Sihir Terapi Teriakan

Sihir ini dilakukan oleh penyihir dengan memerintahkan jin untuk membuat orang yang terkena sihir gelisah, baik di saat tidur mahupun jaga. Caranya, jin menjelma dalam bentuk binatang buas yang akan menyerang orang yang terkena sihir dalam mimpinya, membuatnya mendengar suara-suara yang memanggilnya, atau membuatnya meragukan semua orang yang ada di sekitarnya. Sihir jenis ini boleh mengakibatkan orang menjadi gila, jika gangguannya melampaui batas.

Terapi terhadap sihir jenis ini adalah dengan membacakan ayat-ayat ruqyah khusus sihir. Apabila dia mula bereaksi, yakni nampak kesurupan, maka tindakan berikutnya seperti yang sudah saya paparkan terdahulu, iaitu berinteraksi dengan jin yang ditugaskan untuk melaksanakan sihir mereka.

Adapun jika si penderita tidak mengalami kesurupan dan tidak bereaksim maka penderita melakukan langkah berikut: berwuduk sebelum tidur, lalu membaca ayat Kursi, dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, kemudian mengumpulkan dua tapak tangannya seraya membaca surah Al-Falaq dan An-Nas, lalu meniupkan pada kedua tapak tangan dan mengusapkan kedua-duanya ke seluruh tubuh sebanyak tiga kali sebelum tidur. Penderita hendaklah juga membaca surah Ad-Dukhan sebelum tidur, membaca surah As-Saffat setiap pagi, dan secara rutin membaca surah Al-Baqarah atau mendengarkannya.

Doa sebelum tidur:

“Dengan Nama Allah aku meletakkan lambungku. Ya Allah, ampunilah dosaku, dan usirlah syaitanku, bebaskan ketergadaianku, jadikanlah aku di majlis yang tinggi.” (HR. Abu Daud)

Di samping itu, penderita harus secara terus-menerus mendengar surah Fusilat, Al-Fath dan Al-Jin beberapa kali setiap hari.

Sihir Terapi Kelemahan

Sihir jenis ini terlaksana dengan berkuasanya jin yang dibebani tugas oleh penyihir di dalam otak dan dia menetap di dalamnya sehingga menyebabkan keperibadian si penderita menjadi terasing dan introvert (tertutup).

Sihir ini mempunyai gejala tertentu, yakni: suka menyendiri, duduk diam dalam waktu yang lama, linglung dan tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya, pening secara terus-menerus, malas dan selalu rasa lemah.

Terapi terhadap sihir jenis ini adalah dibacakan ayat-ayat ruqyah kepada penderita. Apabila dia nampak bereaksi seperti kerasukan, maka kita harus segera berinteraksi dengannya sebagaimana yang telah saya paparkan sebelumnya, yakni berbicara dengan jin dan menyuruhkan keluar dari tubuh si pesakit.

Adapun jika si pesakit tidak mengalami kerasukan, maka disarankan untuk mendengar bacaan surah-surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali Imran, Yasin, As-Saffat, Ad-Dukhan, Az-Zariyyat, Al-Hasyr, Al-Ma’arij, Al-Ghasyiyah, Az-Zalzalah, Al-Qari’ah dan Al-Mu’awwidzatain. Itu dilakukan setiap hari beberapa kali, sampai penderita sembuh secara sempurna, dengan izin Allah.

Apabila ada penderita yang merasakan sakit pada perutnya, maka dia hendaklah meminum air yang sudah dibacakan ayat-ayat ruqyah padanya, atau mandi dengan air apabila dia terasa pening. Ini dilakukan dengan syarat dia tidak mengambil pil penenang selama masa pengubatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.