Ruqyah Nabawi

40

Ruqyah nabawi dengan Nama-nama Allah SWT.

Abu Sa’id Al-Khudri RA, berkata: “Jibrail AS datang kepada Nabi Muhammad SAW, kemudian dia berkata, ‘Wahai Muhammad, engkau mengeluh kerana sakit?’ Baginda menjawab, ‘Ya.'”

Jibrail mengucapkan: “Dengan nama Allah, aku meruquahmu dari segala yang menyakitimu berupa kejahatan semua jiwa, atau mata yang mendengki, Allah pasti menyembuhkanmu, dengan Nama Allah aku meruqyah kamu.” (HR. Muslim)

Bacaan Bismillahir rahmanir rahim juga merupakan penghinaan terhadap syaitan.

Dari Abul Malih, dari seorang lelaki, dia berkata: “Ketika aku membonceng Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba haiwan tunggangan kami tergelincir. Aku berkata, ‘Celaka syaitan ini!’ Rasulullah bersabda,

“Kamu jangan berkata, celaka syaitan ini’, kerana jika kamu mengucapkan kata-kata itu, maka syaitan akan semakin besar, sampai menjadi sebesar rumah dan dia akan berkata, ‘Demi kekuatanku.’ Akan tetapi ucapkanlah, ‘Bismillah,’ kerana jika kamu mengatakannya, maka syaitan akan mengecil, hingga mejadi sekecil lalat.'”

Dari Abu Darda’ RA, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang mengeluhkan sakit di antara kamu atau ada salah seorang saudaranya mengeluh kerana sakit, maka dia hendaklah berdoa:

“(Wahai Pemelihara kami, Allah yang di langit, Maha Suci Nama-Mu, perintah-Mu di langit dan di bumi, sebagaimana kasih sayang-Mu di langit, jadikanlah kasih sayang-Mu di bumi. Ampunilah kami, dosa kami dan kesalahan-kesalahan kami. Engkaulah Pemelihara orang-orang baik. Turunkanlah satu kasih sayang dari sekian banyak kasih sayang-Mu, dan satu ubat dari sekian banyak ubat penyembuh-Mu, atas penyakit ini). Maka dia pasti sembuh dari sakitnya.” (HR. Abu Daud)

Dari Aisyah RA: “Bahawasanya Rasulullah SAW pernah meruqyah dengan mengucapkan:

“Hapuskanlah penyakit, wahai Rabb manusia, di Tangan-Mu ada ubat penyembah, tiada yang boleh menghilangkan penyakit kecuali Engkau.” (HR. Al-Bukhari)

Ibnu Qayyi, Al-Jauziyyah berkata: “Ruqyah itu adalah memperbanyakkan bacaan Mu’awwidzatain (Al-Falaq dan An-Nas), Al-Fatihah dan ayat Kursi.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.