Petunjuk Nabi Muhammad SAW Tentang Terapi Penyakit Demam
Dari Nafi’, dari Abdullah bin Umar RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya panas yang menyengat itu berasal dari hembusan api Jahannam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Khithab (arah pembicaraan) pada Al-Hadis As-Syarif ini khusus ditujukan kepada penduduk Hijaz dan orang-orang yang tinggal di sekitar mereka, kerana majoriti penyakit demam panas yang menimpa mereka termasuk jenis demam biasa harian yang terjadi kerana terik panas matahari yang sangat menyengat. Penyakit panas jenis ini akan dapat disembuhkan dengan air sejuk, baik diminum mahupun digunakan untuk mandi.
Demam itu ada dua jenis, iaitu:
- Demam insidental: demam yang disebabkan kerana adanya bengkak, aktiviti yang berlebihan, cuaca panas yang ekstrim dan sama dengannya.
- Demam penyakit, demam ini pada mulanya terjadi hanya pada sumber penyakit demam yang lalu menjalar dan memanaskan seluruh tubuh. Demam ini terbahagi kepada tiga jenis. Jika berkaitan dengan roh (spirit), maka penyakit itu disebut demam sehari, kerana pada umumnya terjadi dalam sehari, atau maksima tiga hari. Jika berkaitan dengan humour (ceiran tubuh), maka disebut dengan demam putrefactive, jenisnya terbahagi kepada empat, iaitu: demam choleris (hempedu kuning), demam melancholis (hempedu hitam), demam pleghmatis (lendir), dan demam sanguinis (darah). Jika berkaitan dengan organ-organ yang vital (principal organs), maka dinamakan demam hectic. Jenis terakhir ini masih terbahagi lagi kepada beberapa jenis.
Hadis di atas boleh diterapkan untuk semua jenis demam. Seorang ahli kedoktoran, Galen, mengatakan bahawa air sejuk bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit demam jenis ini. Beliau berkata: “Jika penderita penyakit ini ialah seorang anak muda, baik kualiti dagingnya dan baik pula tubuhnya di saat dia diserang panas, dan di saat panasnya berada pada titik puncak, dan tiada bengkak pada tubuhnya, maka dia hendaklah mandi dengan air sejuk, atau berenang pada air sejuk, kerana itu bermanfaat untuk menyembuhkan penyakitnya.” Galen berkata: “Kami memerintahkan hal itu tanpa ragu-ragu.”
Abu Nu’aim dan yang lain menyembuhkan hadis Anas, dia merafa’kannya sampai kepada Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu sakit demam panas, maka dia hendaklah menuangkan pada tubuhnya air sejuk selama tiga malam pada waktu sahur (akhir malam).”
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: “Demam panas itu salah satu hembusan dari neraka Jahannam, maka singkirkanlah itu dari kamu dengan air yang sejuk.” (HR. Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: “Dibicarakan tentang demam kepada Rasulullah SAW, lalu seorang lelaki memakinya, lantas Nabi bersabda, ‘Kamu jangan memakinya, kerana ia itu menghilangkan dosa-dosa, sebagaimana api menghilangkan besi karat.'”
Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam” Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih