Mengisi Jiwa Yang Kosong

1,847

Sesudah anda menjalani proses pengosongan iaitu anda melawan, bermujahadah menumpaskan sifat-sifat negatif yang ada dalam jiwa anda, segeralah anda mengisikannya dengan sifat-sifat positif atau mahmudah mengikut istilah ilmu tasawuf.

Supaya mudah difahami cuba gambarkan jiwa anda umpama mangkuk. Selama ini mangkuk ini terisi dengan sifat-sifat negatif. Setelah anda usaha membuang dan membersihkannya, waktu itulah mangkuk kosong. Dan waktu inilah anda mengisi dengan sifat-sifat yang positif atau sifat terpuji.

Di antara sifat-sifat positif yang patut diisikan dalam jiwa:

  • Jujur
  • Ikhlas
  • Tawadhuk
  • Amanah
  • Taubat
  • Sangka baik
  • Pemaaf
  • Syukur
  • Tolak ansur
  • Redha
  • Sabar
  • Rajin
  • Berkasih sayang
  • Lemah lembut
  • Lapang dada

Untuk mengisi jiwa dengan sifat-sifat positif anda perlu bermujahadah lagi. Kita mesti sentiasa menundukkan sifat-sifat negatif. Caranya sama juga dengan peringkat pengosongan. Malah diperhebatkan lagiuntuk merebut sifat-sifat yang terpuji.

Kuatkan jiwa untuk berlemah lembut, berkasih sayang sesama manusia, sabar dengan ujian, rajin, jadi pemaaf dan lain-lain. Semoga dengan itu sifat-sifat yang positif atau terpuji ini diisi dalam jiwa, perlulah anda miliki dan untuk itu kuatkan azam untuk bermujahadah. Jika tidak iman turut hilang, sebab iman berdiri di atas sifat-sifat positif.

Baca sebelumnya di sini

Ikuti Perkongsian Seterusnya MINGGU HADAPAN !!!

Get real time updates directly on you device, subscribe now.