Ayat-Ayat Yang Menunjukkan Adanya Sihir

517

Allah SWT berfirman:

“Dan mereka mengikut apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir). Hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir), mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang kedua-duanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.’ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (Kitabullah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Al-Baqarah: 102)

Allah SWT berfirman:

“Dan Kami wahyukan kepada Musa, ‘Lemparkanlah tongkatmu!’ Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan. Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta menjatuhkan diri dengan bersujud. Mereka berkata, ‘Kami beriman kepada Rabb alam semesta. (Iaitu) Rabb Musa dan Harun.'” (Al-A’raf: 117-122)

Allah SWT berfirman:

“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata, ‘Apa yang kamu lakukannya, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya.’ Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berterusnya pekerjaan orang yang melakukan kerosakan.” (Yunus: 81)

Allah SWT berfirman:

“Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja dia datang.'” (Thaha: 69)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.