7 Peringkat Nafsu

2,745

Nafsu manusia ada beberapa peringkat. Jika anda dapat menumpaskan nafsu, anda akan naik ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya, hingga nafsu dapat dipernjarakan mengikut kehendak Allah SWT.

Nafsu ada 7 peringkat:

  1. Nafsu Amarah: Sangat menyuruh berbuat jahat dan bangga dengan kejahatannya. Sifat-sifat tercelanya mudah dizahirkan.
  2. Nafsu Lauwamah: Tahu berbuat jahat itu salah dengan ilmunya, tapi masih terlibat dengan kejahatan dan dia akan menyesal kemudian.
  3. Nafsu Mulhamah: Sudah terkumpul banyak sifat-sifat baik di dalam jiwanya. Jiwa ini memerlukan kesabaran, tabah dalam mujahadah dan sentiasa syukur dengan Tuhan.
  4. Nafsu Muthmainah: Cahaya ketenangan telah menerangi sehingga jiwanya terlepas daripada sifat-sifat negatif. Pada keadaan ini, ianya dapat bertahan pada tingkat kesempurnaannya. Dan apabila keadaan ini kekal, tarafnya akan naik lagi.
  5. Nafsu Radhiah: Jiwa yang rela terhadap Tuhan, bersedudukan di dalam kesejahteraan dan merasa nikmat Tuhan, puas dengan apa yang ada.
  6. Nafsu Mardiah: Jiwanya diredhai Tuhan. Bukti keredhaan Tuhan itu lahir pada akhlaknya yang sangat mulia, mempunyai karamah, ikhlas dan sentiasa bersama Tuhan.
  7. Nafsu Kamilah: Jiwa yang sudah sempurna dalam dasar dan bentuknya. Jiwa yang berada peringkat tertinggi kesempurnaan seperti yang ada pada Rasulullah SAW.

Sekiranya anda mempunyai ilmu tapi masih banyak sifat-sifat negatif dalam diri, anda baru berada pada taraf nafsu kedua, nafsu lauwamah.

Oleh itu anda mesti berjuang, berusaha, bermati-matian menundukkan nafsu anda. Sehingga anda mencapai taraf nafsu muthmainah. Di peringkat ini jiwa anda kekal dalam ketenangan dan jauh daripada sifat-sifat negatif.

Pada taraf inilah anda akan selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud: “Hai jiwa yang tenang (muthmainnah) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai. Maka masuklah di dalam jemaah hamba-hamba Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga Ku.”

Baca selanjutnya di sini

Baca bahagian pertama di sini

Get real time updates directly on you device, subscribe now.