Wuduk – Cara Syaitan Masuk Dalam Diri Seorang Hamba (Bhgn 1)

115

SYAITAN MASUK KE DALAM DIRI SEORANG HAMBA DENGAN CARA MEROSAKKAN IBADAH MEREKA

Kerosakan ibadah ini dilakukan dengan cara mentalbis keyakinan, urusan dan penunaian ibadah mereka, antara lain:

a) Wuduk

Caranya, syaitan menebarkan talbisnya dalam masalah niat berwuduk. Dia mengatakan: “Aku hendak menghilangkan hadas,” kemudian berkata: “Aku dibolehkan solat.” Tetapi setelah itu dia mengulangi lagi perkataannya: “Aku hendak menghilangkan hadas.”

Penyebab talbis ini adalah ketidaktahuan terhadap peraturan syariat. Niat dengan hati, tidak dengan pelafazan lisan, sehingga membebani untuk melafazkan niat adalah perkara yang tidak diperlukan. Selanjutnya, tiada ertinya pengulangan lafaz mereka.

Di antara mereka ada yang terkena talbis Iblis dalam memandang air yang digunakan untuk berwuduk, lantas dia berkata: “Apakah kamu tahu bahawa air itu suci?”, lantas dia membayangkan pelbagai macam kemungkinan yang hampir mustahil.

Di antara manusia ada yang terkena talbis Iblis dengan terlalu banyak menggunakan air. Tindakan boros menggunakan air akan mengakibatkan empat perkara makruh, yakni:

  1. Berlebih-lebihan dalam penggunaan air.
  2. Mensia-siakan waktu untuk mengerjakan sesuatu yang tidak wajib dan tidak pula sunat.
  3. Tindakan melawat syariat kerana dia tidak puas dengan sesuatu yang sudah cukup menurut syariat berupa penggunaan air dalam jumlah sedikit.
  4. Masuk ke dalam sesuatu yang dilarang oleh syariat, yakni membasuh anggota tubuh lebih dari tiga kali.

Kadang-kadang tindakan itu menyebabkan untuk berwuduk sahaja memakan waktu sekian lama, sehingga terlewatlah waktu solat, atau paling tidak terlewat dari awal waktu solat yang merupakan keutamaan. Iblis merosakkan ibadah wuduk sehingga menjadi tidak sah, dan berikutnya mengakibatkan solatnya juga tidak sah. Itulah kerugiaan yang nyata.

Oleh kerana itu, kita harus berada di atas keyakinan yang kuat dan ilmu yang terang dalam urusan agama dan syariat sehingga tidak tertinggal kesempatan bagi syaitan untuk menyarangkan talbisnya terhadap kita dan terhadap pemikiran kita dalam din. Dengan demikian menjadikan kita mengetahui yang benar dari yang salah dak tidak membuka kesempatan bagi syaitan untuk mengganggu dengan berbagai jenis gangguan.

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.