Sebagaimana kita sedia maklum bangsa jin adalah dipertanggungjawabkan hukum (mukallaf) dan mereka wajib mentaatinya. Tidak dapat tidak, mestilah ada seorang Rasul diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Persoalannya ialah sama ada Rasul itu daripada bangsa mereka sendiri iaitu atau daripada bangsa manusia.
Para ulama’ berpendapat wujud dua golongan iaitu:
1.Rasul – untuk mereka adalah dari bangsa sendiri. Pendapat ini di sokong oleh At-Tabari sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ad-Dhahak bin Mazahim katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Rasul-Rasul Kaum jin adalah daripada keluarga mereka sendiri.
Ibn Hazm Az-Zahiri juga berpendapat sebagaimana At-Tabari berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Adalah Nabi itu diutus kepada Kaumnya sendiri.
Disebabkan jin bukanlah daripada bangsa manusia maka kesimpulannya diutuskan Nabi atau Rasul di kalangan mereka.
2.Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Rasul di kalangan jin itu terdiri daripada manusia dan tidak ada Rasul daripada golongan mereka. Mereka mendengar dakwah daripada Rasul dari bangsa manusia kemudian mereka kembali ke tempat masing-masing dan menyampaikan pula kepada kaum mereka sendiri.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Suatu waktu kami alihkan perhatian beberapa jin kepadamu untuk mendengarkan Qur’an. Setelah mereka hadir, mereka berkata sesama mereka, “Dengarkanlah dengan teliti”. Setelah selesai mereka pulang kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan kepada mereka. Katanya, “Saudara-saudara sekaum!! Kami telah mendengar firman suci, yang diturunkan sesudah Musa, membenarkan kitab-kitab yang terdahulu lagi membawa kepada kebenaran, dan ke jalan yang lurus.”
Kesimpulannya, Ijma “Ulama” mengatakan bahawa Rasul kita Nabi Muhammad SAW diutus kepada Ath Thaqalain iaitu bangsa manusia dan bangsa jin.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Barangsiapa yang tidak menerima seruan Allah ini, maka tidak ada tempat lari buat dia selain daripada Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.