Syaitan tertawa terhadap orang yang menguap adalah kerana menguap muncul daripada sifat malas. Jadi, keadaan orang menguap menunjukkan ketidakmampuannya untuk melakukan ketaatan secara sempurna. Apa yang membuat syaitan tertawa adalah kerana keadaan orang menguap sangat buruk.
Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersih dan membenci orang yang menguap, apabila ada orang yang bersin, lalu dia memuji Allah, hendaknya setiap muslim yang mendengarnya membacakan ‘Yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu). Menguap pula datangnya daripada syaitan, hendaknya dia menolaknya sedaya mampu. Apabila dia berkata, ‘Haaa…” syaitan akan mentertawakannya.”
Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunan-nya sebuah hadis marfu’ Abu Hurairah RA, beliau berkata:
Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kamu menguap, hendaknya dia meletakkan tangannya pada mulutnya dan jangan dia melolong, kerana syaitan akan menertawakannya”
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Menguap disamakan dengan lolongan anjing, agar orang tidak berkeinginan melakukannya dan menganggapnya buruk. Apabila anjing menguap, dia akan mengangkat kepala, membuka mulut dan menggonggong. Apabila orang yang menguap berlebihan ketika menguap, maka dia sama seperti anjing tersebut.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar meneruskan, “Berdasarkan ini dapat dilihat anekdot yang membuat syaitan mentertawakannya. Sebabnya di sini bererti dia telah menjadikan orang ini sebagai mainannya ketika keadaan seperti itu.”
Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya sebuah hadis daripada Abu Said Al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaknya dia menutup mulutnya dengan tangan kerana syaitan akan masuk.”
Al-Hafiz Ibny Hajar berkata, “Boleh jadi yang lafaz masuk di sini hanya kiasan sahaja. Meskipun syaitan mengalir (melekat dan menggoda) dalam diri manusia melalui aliran darah tetapi dia tidak boleh memasukinya selagi orang itu berzikir kepada Allah SWT. Orang yang menguap pula bererti sedang lalai daripada berzikir kepada Allah sehingga membuka peluang syaitan masuk ke dalam dirinya. Pengertian masuk di sini disampaikan secara abstrak, walaupun maksud sebenarnya ialah syaitan bertempat di dalam tubuhnya. Sebabnya ialah secara logik akal orang yang dapat menempatinya.”
Imam Nawawi berkata, “Para ulama berkata, Rasulullah SAW memerintahkan untuk menahan seboleh mungkin ketika hendak menguap, menolak dan meletakkan tangan pada mulut supaya syaitan tidak dapat mewujudkan keinginannya untuk memperburukkan rupanya, masuk ke dalam mulutnya dan mentertawakannya’.”
Ada baiknya kalau di sini kita menyebutkan hadis Yazid bin Asham yang diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah dan Bukhari di dalam “Tarikh” dia berkata, “Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah menguap.”