Rintihan Iblis

433

Rintihan iblis laknatullah meliputi empat aspek iaitu:

1. Ketika dilaknat.

2. Ketika turun ke bumi.

3. Ketika Rasulullah dilahirkan.

4. Ketika Al-Fatihah diturunkan.

Ibn Abid Dunya meriwayatkan daripada Said bin Jubair, katanya: “Tatkala Allah melaknat Iblis, suaranya berubah daripada suara Malaikat. Maka mereka (iblis) terperanjat maka mulalah ia merintih sehinggalah hari qiamat.”

Said berkata: Manakala Iblis melihat Nabi berdiri sembahyang di Mekah, Iblis merintih lagi, manakala Nabi merasmikan pembukaan kota Mekah Iblis merintih lagi dan berkata: “Kamu tak kan dapat mengembalikan umat Muhammad kepada syirik, tetapi fitnahkanlah pada agama mereka, dan sebarkan lagu-lagu atau syair-syair.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.