Sebagaimana Allah telah memberi kemudahan kepada Nabi Sulaiman AS begitu juga Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan dalam beberapa perkara.
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud RA sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda:
Maksud:
Setiap kamu akan diwakilkan satu qarin (sahabat) daripada bangsa jin. Mereka (sahabat) bertanya apakah engkau pun ada ya Rasulullah, sabda baginda ya, aku pun ada, tetapi Allah membantu aku mengatasinya sehingga aku selamat (atau dia telah Islam) maka tidak menyuruh aku melainkan yang baik semata-mata. (Sahih Muslim 4/2167-2168)
2. Abu-Darda’ RA meriwayatkan bahawa pada suatu ketika baginda Rasulullah SAW berdiri di kalangan kami, baginda menyebut “Aku berlindung kepada Allah daripada Kamu” kemudian sambungnya: “Aku laknat kamu dengan laknat Allah”, tiga kali kemudian dibuka tangannya seolah-olah mengambil sesuatu setelah sembahyang, Kami bertanya “Ya Rasulullah kami mendengar engkau berkata di dalam sembahyang tadi sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini dan engkau buka pula tanganmu.” Jawab baginda, “Sesungguhnya musuh Allah iaitu Iblis datang membawa bara api untuk membakar mukaku maka aku berkata; Aku berlindung kepada Allah daripada engkau tiga kali, kemudian aku berkata, aku laknat mereka yang hendak menggangguku, demi Allah kalau aku tidak teringat doa saudara kita Sulaiman aku akan ikat mereka supaya anak-anak penduduk Madinah boleh bermain dengan mereka.”
Al-Qadhi Iyadh berkata maksudnya Nabi Muhammad SAW teringat firman Allah SWT mengenai doa Nabi Sulaiman, “Jangan ada selepas aku sama kekuasaan yang ada padanya, “bermakna Nabi Muhammad boleh juga menangkap jin itu dan menguasainya tetapi sebagai menghormati dan merendahkan dirinya maka tidak ditangkapnya jin itu.
Begitu juga Abu-Hurairah RA meriwayatkan katanya. ”Sesungguhnya baginda Rasul bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka sesungguhnya aku telah bercita-cita untuk mengikatnya ke kota masjid. Sehinggakan orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata abangku, berikanlah kepadaku kekuasaan tidak dapat pada orang lain selain daripada aku.” Maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan.”
(Sahih Bukhari 1/118 Muslim 1/384, Lafaz Muslim)
Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan oleh Allah untuk memerintah jin dan syaitan itu.
Ibnul-Jauzi berkata jin dimudahkan untuk Nabi Sulaiman tetapi Nabi Muhammad banyak dibantu oleh para malaikat.
Ibnu A’syur pula berkata dalam menghuraikan firman Allah SWT
Maksudnya:
“Sesuatu ketika kami alihkan perhatian beberapa jin kepadamu untuk mendengarkan al-Quran, setelah mereka hadir, mereka berkata sesama mereka, “Dengarkanlah dengan teliti.” Ini merupakan suatu sokongan terhadap Nabi SAW dimana Allah memudahkannya untuk memerintahkan jin supaya beriman kepadanya dan juga beriman kepada Agama Nabi Muhammad SAW agar dipercayai oleh jin dan manusia dan disanjung Nabi-nabi sebelumnya.(Al Ahqaf : 29)