Secara umum semua kuasa sihir boleh dielakkan, ditentang dan diatasi dengan membaca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus yang berpandukan petunjuk Rasulullah SAW. Bagi mengelakkan diri, ahli keluarga dan harta benda daripada terkena sihir, ayat-ayat dan doa-doa ini dijadikan amalan harian. Bagi merawat pesakit yang terkena sihir ayat-ayat dan doa-doa yang sama juga boleh digunakan untuk menentang dan mengatasi ahli sihir yang menyihir pesakit tersebut.
Merujuk kepada buku jilid yang ketiga, ayat-ayat dan doa-doa untuk mengatasi sihir dihimpunkan dalam tajuk Hafalan Ruqyah Asas Ketiga. Terdapat beberapa susunan ayat-ayat al-Quran diberikan nama yang sesuai seperti Ayat Penunduk Sihir dan Ayat Pendinding Daripada Sihir, Berikut ialah ayat-ayat al-Quran bagi kegunaan untuk mengelak, menentang dan mengatasi sihir.
Ayat-ayat Al-Quran Untuk Mengatasi Sihir
- Al-Mu’awwizat
i. Surah al-Ikhlas
Terjemahannya: “(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; (2) Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (3) Dia tidak beranak, dan Diapula tidak diperanakkan; (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
ii. Surah al-Falaq
Terjemahannya: “(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; (3) Dan dari bahaya gelap apabila Dia masuk; (4) Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
iii. Surah an-Nas
Terjemahannya: “(1) Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) Daripada kalangan jin dan manusia.” - Surah al-Baqarah ayat 1-5
Terjemahannya: “(1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (3) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (4) dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.” - Surah al-Baqarah ayat 163-164
Terjemahannya: “(163) Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihini. (164) Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” - Ayat Keagungan (Ayat Kursi)
Surah al-Baqarah ayat 255
Terjemahannya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dia lah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” - Surah al-Bayarah ayat 256-257
Terjemahannya: “(256) Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (257) Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman), dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur), mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” - Surah al-Baqarah ayat 284-286
Terjemahannya: “(284) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah, dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu, kemudian dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.” Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.” (286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong Kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” - Surah Ali Imran ayat 18
Terjemahannya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” - Ayat Pembatal Sihir
Surah Yunus ayat 81-82
Terjemahannya: “Apa yang kamu datangkan itu bukanlah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” - Ayat Penunduk Sihir
i. Surah al-A’raf ayat 118-122
Terjemahannya: “Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan selaian alam.” (Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun.”
ii. Surah Taha ayat 69
Terjemahannya: “Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” - Ayat Pendinding Daripada Sihir
i. Surah an-Nisa’ ayat 84
Terjemahannya: “Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.”
ii. Surah Yusuh ayat 64
Terjemahannya: “Allah jualah sebaik-baik Penjaga, dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.” - Surah al-A’raf Ayat 54-56
Terjemahannya: “(54) Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (55) Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (56) Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” - Ayat Pemecah Kebuntuan
Surah al-Hasyr ayat 21-24
Terjemahannya: “(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah, dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (22) Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah, dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” - Ayat Pemecah
Surah al-Mu’minun ayat 115-118
Terjemahannya: “(115) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (117) Dan sesiapa yang menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. (118) Dan berdoalah (Wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi Rahmat!” - Surah Ghafir ayat 1-3
Terjemahannya: “(1) Haa, Miim. (2) Turunnya al-Quran ini dari Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (3) Yang mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat; yang berat azabNya; yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.” - Surah as-Saffat ayat 1-10
Terjemahannya: “(1) (Hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret. (2) (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan bersungguh-sungguhnya. (3) (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan kitab suci; (4) (sumpah demi sumpah) Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu. (5) Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. (6) Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. (7) Dan (Kami pelihaa urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap syaitan yang derhaka; (8) (dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, (9) untuk mengusir mereka, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. (10) Kecuali sesiapa antara syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikut (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.” - Surah ar-Rahman ayat 33-35
Terjemahannya: “(33) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar, kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; masakan dapat)! (34) Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (35) kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu).” - Surah al-Jinn ayat 1-3
Terhemahannya: “(1) Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahawa sesungguhnya telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan, (2) yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu Kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorang pun dengan Tuhan kami, (3) dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak.”
Baca bahagian pertama di sini