Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah (Bahagian 8)

138

RUMAH YANG PENUH RATAPAN MENANGISI MAYAT

Kebiasaannya meraung-raung sambik menyoyak saku baju dan memukul-mukul pipi sebagai pernyataan tidak rela atas takdir Allah SWT akan mendatangkan kerugian besar. Dalam rangkaian hadisnya, Rasulullah SAW mengingatkan kita dari perbuatan seperti itu dengan memberi ancaman keras.

Pengarang kitab At-Tahmid berkata: “Rasulullah SAW melarang kita meraung-raung kerana meratapi mayat, baginda pun mengutuk pelakunya. Dalam perkara ini, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (At-Tahrim: 6)

“Dan perintahkan kepada keluargamu mendirikan solat…” (Taha: 132)

Dengan demikian jelaslah bahawa bagi seorang muslim, mengajar keluarganya perkara-perkara yang berkaitan dengan agama merupakan suatu kewajipan, begitu juga dengan menyuruh keluarganya mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Seoerti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda, kerugian dan hukuman bagi orang yang meratapi mayat adalah seperti berikut:

  1. Malaikat tidak akan membacakan selawat untuknya.
  2. Pada hari kiamat dia akan dibangkitkan dengan mengenakan baju dari bahan tar dan kain dari kotoran besi yang gatal.
  3. Perbuatan yang dilakukannya merupakan perbuatan kaum jahiliah.
  4. Perlakunya akan dijauhkan dari rahmat Allah.
  5. Nabi SAW lepas tangan darinya.
  6. Bagi pelakunya adalah keburukan yang sangat nyata, iaitu dengan tidak didampingi oleh malaikat rahmat.

Ramai manusia kalangan yang mencoptakan bidaah sehingga pemahanan dan hatinya terkunci dari hidayah. Mereka digolongkan sebagai orang yang berpegang pada adat, tradisi, kebiasaan yang menyimpang dari Islam, serta warisan nenek moyang.

Di antara tradisi buruk yang masih terus dilakukan adalah upacara kematian yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sehingga mereka kehilangan agama, akhlak baik, dan kekayaan diganti dengan kefakiran, kehinaan dan kesengsaraan. Mereka menjadi hamba taklid buta dan tawanan tradisi yang menyimpang.

Seharusnya, ketika ditimpa musibah, hendaklah kita bersabar dan ikhlas menerima ketetapan Allah kerana sabar merupakan sifat yang paling mulia. Kesabaran merupakan akhlak yang agung dan bagi keimanan seperti kepala bagi badan. Dengan kesabaran seseorang akan tampil lebih cantik dan jika kesabaran tidak ada pada diri seseorang, akan buruklah keadaan orang yang bersangkutan.

Berikut ini adalah nas sahih dari Rasulullah SAW yang menjelaskan masalah kerugian bagi orang-orang yang meratapi mayat. Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Malaikat tidak akan membaca selawat kepada wanita yang meratapi mayat dan menangisinya dengan cara meraung-raung.” (Ditakhrijkan oleh Ahmad dengan isnad yang hasan)

Abu Musa RA mengatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Wanita yang meratapi mayat, jika tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia, pada hari kiamat dia akan dibangkitkan dengan mengenakan baju daru tar dan kain yang akan menimbulkan penyakit gatal.”

Pengarang kitab ‘Aunul-Ma’bud menghuraikan: “Kulitnya akan berkudis (seperti kotoran besi), seolah-olah kulitnya melekat pada badannya. Sedangkan qithran adalah sejenis minyak panas yang mengguyur unta kurapan. Dapat juga dikatakan minyak itu disifatkan sebagai minyak menjijikkan (berbau busuk), dan itu merupakan balasan bagi orang yang meraung-raung akibat ditinggal oleh si mayat. Raungannya telah menggores hati keluarga mayat yang terkena musibah dan menandakan musibahnya itu dengan baju hitamnya yang dipakai dalam upacara kematian.”

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Empat perkara pada umatku yang termasuk perkara jahiliah yang sukar ditinggalkan oleh manusia, iaitu meratapi mayat, mencaci maki keturunan, …..”

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga perkara yang termasuk perbuatan orang-orang jahiliah yang tidak pernah ditinggalkan oleh umat Islam adalah meratapi mayat, meminta hujan melalui bintang, dan … Aku bertanya kepada Sa’id Maqbary: ‘Dan apa?’ Dia menjawab: ‘Dan seruan jahiliah, iaitu: “Hai keluarha anu … hai suku anu …'”

Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Meratapi mayat merupakan adat jahiliah. Jika wanita yang suka meratapi mayat tidak segera bertaubat sebelum meninggal dunia, pada hari kiamat dia akan dibangkitkan dengan mengenakan baju dari tar dan dia akan digodok dengan mengenakan kain dari api neraka.”

Ibnu Umar RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Rasulullah SAW melarang wanita yang suka meratapi mayat turut mengusungkan jenazah.” Abu Umamah RA mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah melaknat wanita yang mencakar-cakar mukanya dan mengoyak-ngoyak saku bajunya sambil meraung kemudian mengucapkan seraya menyeru: ‘Aduh betapa celakanya aku … betapa sialnya aku …”

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Dua perkara yang dilakukan orang. Dengannya mereka bererti mengerjakan pekerjaan orang-orang kafir, iaitu mencaci maki keturunan dan meratapi mayat.”

Nu’man bin Basyir RA bercerita: “Ketika Abdullah bin Rawahah tidak sedarkan diri, saudara perempuannya menangis sambil berkata: ‘Walai betapa celakanya aku … wahai alangkah hancurnya aku …! Dia mengulangi kata-kata itu berkali-kali. Ketika sedar, Abdullah bin Rawahah menegurnya: “Tidaklah engkau ucapkan kata-kata itu melainkan aku disedarkan dengan suatu suara: ‘Engkau jadikan ia begitu …?'”

Abdullah bin Mas’ud RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bukan termasuk golonganku” orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak saku baju dan menyeru dengan seruan jahiliah.

Abu Burdah RA berkata: “Ketika Abi Musa al-As’ari RA sakit dan berbaring di pangkuan seorang wanita dari keluarganya, perempuan tersebut menjerit sambil meraung-raung. Kerana dia sedan sakit parah, Abi Musa diam sahaja hingga kemudian dia sedar.

Kemudian dia bertutur: “Sesungguhnya Rasulullah SAW lepas tangan (tidak bertanggungjawab) dari perempuan yang menjerit-jerit sambil meratap. Dia pun lepas tangan dari perempuan yang mencukur rambutnya kerana ditimpa musibah serta lepas tangan dari perempuan yang suka mengoyak-ngoyak saku bajunya. Maka aku pun lepas tangan darinya!'”

Kerana itu, jika engkau ingin memperolehi keredaan Allah dan mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, hendaklah engkau menghias diri dengan ajaran Islam dengan bersabar menghadapi musibah, jangan gelisah atau menjerit-jerit kerana itu semua adalah ujian dari Allah. Dengan-Nya Allah menganugerahkan pahala kepada engkau. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar: 10)

Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita sebagai orang-orang yang sabar ketika suka mahupun duka, pandai bersyukur atas limpahan rahmat dari Allah, serta reda atas qadha dan takdir Allah.

Bersambung…

Get real time updates directly on you device, subscribe now.