Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah (Bahagian 7)

213

RUMAH YANG DI DALAMNYA TERDAPAT LOCENG

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Loceng itu adalah seruling syaitan.”

Seruling syaitan di sini mencakupi suara, alunan dan kesesatan yang ditimbulkannya. Berkaitan dengan perkara itu, Abu Bakar Shiddiq pernah menegur seseorang yang memainkan seruling di rumah Rasulullah SAW: “Kamu perdengarkan seruling syaitan di rumah Rasul?” Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Malaikat tidak akan menemani sekumpulan manudia di tempat yang di dalamnya terdapat anjing atau loceng.”

Melalui hadis di atas, Rasulullah SAW melarang adanya loceng di rumah, juga loceng yang digantungkan pada leher anak-anak atau binatang. Dengan begitu syaitan akan menyingkir dan malaikat akan hadir mempersembahkan doa permohonan supaya dikabulkan dia, kelembutan, keampunan, kebahagiaan, keamanan, kelapangan, kesihatan dan kesenangan.

Gereja merupakan salah satu tempat penyekutuan Allah, tempat mendakwahkan perkara-perkara yang syirik, dan di dalamnya terdapat loceng sehingga merupakan tempat yang paling jauh dari keredaan Allah serta tempat yang paling dijauhi malaikat, sementara syaitan datang menghiasi kebatilan yang mereka ciptakan.

Loceng diciptakan dalam bentuk yang beranika ragam, seperti suara dentangan jam dinding yang menjadi alat peringatan di gereja-gereja, atau ada pula yang mengeluarkan suara yang berirama berbentuk nyanyian.

Dalam mensyarahkan hadis di atas, Imam Nawari berkata: “Hadis tersebut menghina seseorang yang membawa anjing dan loceng ketika musafir. Malaikat rahmat tidak akan mendampingi seseorang yang membawa atau memiliki salah satu dari keduanya. Yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis di atas adalah malaikat rahmat yang sentiasa memohon keampunan, bukan malaikat hafazhah yang tugasnya mencatat amal perbuatan manusia.”

Malaikat selalu menjauhi suara loceng kerana loceng itu mirip dengan gong. Selain itu ada yang berpendapat kerana loceng merupakan seruling syaitan seperti yang dijelaskan dalam hadis di atas. Pendapat yang membenci sekaligus memakruhkan adanya loceng secara mutlak keluar dari kalangan mazhab Malik dan imam lainnya.

Abu Bakar bin Abi Musa berkata: “Ketika aku sedang menyertai Salim bin Abdullah bin Umar, aku menjumpai majlis Ummu Banin yang di dalamnya aku melihat loceng. Maka Salim membacakan hadis Rasulullah SAW yang telah dia dengar dari ayahnya, iaitu: ‘Malaikat tidak akan menemani sekumpulan orang yang di dalamnya terdapat loceng.”

Ummu Habibah RA meriwayatkan: “Malaikat tidak akan menemani orang-orang yang pada dirinya terdapat loceng.” Ibnu Hajar menghuraikan: “Mereka tidak akan memperolehi keberkatan yang disebarkan malaikat jika memasang atau menggantungkan loceng.” Ummu Salamah mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat loceng. Malaikat pun tidak akan mendampingi orang-orang yang di tengah-tengahnya terdapat loceng.”

Jika terhadap sekumpulan orang dalam perjalanan yang membawa loceng sahaja malaikat tidak bersedia mendampingi, padahal mungkin sahaja loceng yang mereka bawa itu kecil, bagaimana dengan rumah-rumah yang memiliki loceng sebesar jamm.

Kaitannya dengan berkawa di atas terdapat dalam riwayat yang mengisahkan bahawa Umar bin Khattab pernah memotong (memecahkan) loceng-loceng yang digantungkan pada kenderaan puteri Zuber. Ketika itu, Umar berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya bersama setiap loceng itu terhadap syaitan.”

Dalam riwayat lain dikatakan bahawa seorang wanita bertamu kepada Aisyah RA dengan memakai gelang yang mengeluarkan bunyi (semacam gelang keroncong) di kakinya.

Aisyah berkata: “Keluarkan dari rumahku, si pengusir malaikat!” Kerana itu, marilah kita menjauhi larangan Allah dan RasulNya agar kita berbahagia di dunia mahupun di akhirat.

Bersambung…

Get real time updates directly on you device, subscribe now.