Penyebab Gangguan Syaitan Di Rumah (Bahagian 10)

49

MEMAKAN BARANG HARAM

Yang dimaksudkan makan barang haram pada pembahasan ini adalah makan empat makanan yang diharamkan agama, berupa bangkai, daging babu, darah dan daging binatang yang disembelih bukan kerana Allah SWT. Apabila seseorang makan makanan tersebut secara keseluruhan atau salah satu daripadanya, bererti dia telah melakukan sebuah perbuatan dosa besar. Terjerat ranjau syaitan dalam menyesatkan manusia. Sebab perkara tersebut sangat dilarang agama. Dalam perkara ini Allah SWT telah menegaskan:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih disebut nama selain nama Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 173)

Dalam ayat lain Allah SWT telah menegaskan:

“Diharamkan bagi kamu memakan bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Dan diharamkan juga mengundi nasib dengan anak panah, dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah kefasikan.”

Dalam ayat lain Allah SWT juga telah menegaskan:

“Katakanlah: Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak pula melapaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-An’am: 145)

Dalam ayat lain Allah SWT telah menegaskan:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makanan bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain nama Allah. Tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nahl: 115)

Dari keterangan ayat-ayat Al-Quran di atas dapat diambil pengertian, bahawa empat macam makanan tersebut adalah dilarang agama untuk memakannya. Orang yang masih memakannya, bererti dia telah terjaring dalam ranjau syaitan, lantaran dia telah melanggar ketentuan Allah SWT. Sekian kali dia memakannya, sekian kali pula dia telah berbuat derhaka kepada Allah SWT. Sebab sekarang telah ramai yang mengambilnya, sehingga perlu untuk diingatkan sekali lagi. Kerana itu, waspadalah.

Bersambung…

Get real time updates directly on you device, subscribe now.