Penggunaan Jin Oleh Orang Awam – IKHTIAR SYIFA

658

Sebagaimana kita sedia maklum, orang awam juga boleh menggunakan khidmat jin dan ini memang menjadi suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan.

Al-Alusi menjelaskan dengan katanya: Penggunaan Jin memang berlaku sebarang perantaraan melainkan melainkan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Asy.Sheikh M.Mutawalli Asy-Sya’rawi berkata dalam fatwanya yang disalin oleh Majdi Mohd Asy-Syahawi dengan katanya: Allah Maha Berkuasa untuk memberikan kelebihan kepada golongan yang tinggi menguasai golongan yang rendah. Dalam keadaan yang berbagai-bagai dan dengan undang-undang dan sebab musabbab, manusia boleh menguasai Jin.

Walau bagaimanapun katanya, cara manusia menguasai dan menggunakan kemudahan jin tidak terlepas daripada dua jenis, iaitu sama ada jin yang baik dan yang kedua jin yang jahat. Jin yang baik memang tidak boleh digunakan untuk sesuatu tujuan sebagaimana manusia yang baik juga. Oleh hal yang demikian tidak dapat tidak, mereka terpaksa menggunakan jin yang jahat dan akibatnya menyebabkan manusia akan menggunakan seluruh tenaga sehingga memenatkan dan menyusahkan untuk mengatasi dan untuk memujuk jin.

Firman Allah SWT.

Maksudnya:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lali-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al Jin : 6)

Mereka dapat menggunakan khidmat jin yang jahat ini sehingga berlaku beberapa perkara yang menyalahi adat kebiasaan yang menjurus kepada dosa dan kekufuran.

Mereka menggunakan azimat, jampi-serapah, nama yang pelik-pelik, sehingga jin itu tunduk dan patuh kepadanya. Berbagai-bagai perkara yang dilakukannya, memang tidak boleh dilakukan oleh manusia dan jin biasa. Inilah keupayaan jin yang kuat, handal dan fasiq.

Manusia memang suka kepada perkara-perkara yang pelik walaupun mengakibatkan rosak akhlak, agama, aqal, badan dan juga bertanya. Syaitan sememangnya rosak. Apabila ada golongan, yang suka kepada azimat dan jampi, sihir yang boleh membawa kepada kekufuran syirik meminta bantuan syaitan tetap mematuhi mereka asalkan sama-sama masuk neraka.

Cara yang mereka lakukan adalah dengan menggunakan ayat Al-Quran tetapi disongsangkan, atau menulisnya dengan menggunakan dakwat daripada tanah najis atau apa sahaja yang disukai oleh jin dan syaitan ini.

Setelah melakukan segala yang diredhai oleh mereka, maka apa juga arahan atau kehendak manusia tetap akan dipatuhinya seperti mencuri duit orang (Toyol), merosakkan air sehingga menjadi racun dan sebagainya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.