Para Ulama Berbeza Pendapat Tentang Pahala Jin Dari Perbuatan Baiknya Dalam Beberapa Pendapat

67

Mengenai pahala yang akan diterima oleh jin atas amalan mereka, para ulama terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

Perdapat pertama adalah pendapat Abu Hanifah, sebagaimana diceritakan oleh Ibnu Hazm dan yang lain, bahawa Abu Hanifah berkata: “Tiada pahala bagi jin atas amalan mereka kecuali keselamatan dari neraka, kemudian Allah SWT berkata kepada mereka, ‘Jadilah kamu tanah seperti bintang.'”

Pendapat kedua adalah pendapat Ibnu Abid Dunya dan Malik, juga pendapat As-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal, bahawa jin itu diberi pahala jika taat kepada Allah SWT, dan diseksa bila bermaksiat.

Ibnu Abbas RA ditanya: “Apakah jin itu diberi pahala dan juga diseksa? Maka dia menjawab, ‘Ya, mereka mungkin mendapat pahala dan mungkin juga seksa.'”

Berdasarkan pernyataan Ibnu Abbas RA ini, jin kafir itu masuk neraka, sedangkan jin-jin yang beriman masuk syurga.

Adapun tentang masuknya jin-jin mukmin ke dalam syurga, As-Syibli berkata: “Ulama berbeza pendapat tentang jin yang mukmin. Apakah mereka masuk syurga? Pendapat mereka terbahagi kepada empat, iaitu:

Pendapat pertama:

Mereka masuk syurga. Inilah pendapat jumhur ulama. Ibnu Hazm menyatakan hal itu. Allah SWT berfirman:

“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadapo] Rabbnya ada dua syurga. Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustai?” (Ar-Rahman: 46-47)

Khithab (arah bicara) ayat ini tertuju kepada manusia dan jin.

Sebuah hadis menjelaskan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya tatkala baginda membacakan surah Ar-Rahman kepada mereka: “Mereka (para jin) lebih bagus tanggapan dan jawapannya daripada kamu. Aku tidak pernah membacakan satu ayat pun kepada mereka kecuali mereka berkata, ‘Tiada satu pun dari nikmat-nikmat-Mu, wahai Rabb kami, yang kami dustakan, dan untuk-Mu segala puji.'” (At-Tirmizi)

Adapun dalil yang digunakan oleh Ibnu Hazm adalah firman Allah SWT:

“Disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 133)

Maksudnya syurga. Juga firman Allah SWT tentang jin:

“Bahawasanya tatkala kami mendengar petunjuk, kami beriman dengannya.” (Al-Jin: 13)

Ibnu Hazm berkata: “Takwa dan iman itu adalah sifat yang mencakup jin dan manusia secara umum, tidak boleh sama sekali dikhususkan bagi salah satu dari kedua-dua jenis makhluk tersebut.”

Dalil terhadap pendapat ini adalah firman Allah SWT:

“Tidak menyentuh mereka (para bidadari itu) manusia sebelum mereka dan tidak pula jin.” (Ar-Rahman: 56)

Ayat ini membicarakan tentang bidadari di dalam syurga. Jika demikian, kerana para ayat ini adal penyebutan jin untuk makna sebagaimana dalam ayat ini, bererti jika akan dapat masuk syurga, tentunya Allah SWT menghendakinya demikian.

Pendapat kedua:

Jin itu tidak masuk syurga, tetapi mereka berada berdekatan syurga atai di sekitarnya. Manusia melihat mereka sedang mereka tidak melihat manusia, berkebalikan dengan keadaan mereka di dunia. Pendapat ini diriwayatkan dari Malik, As-Syafi’i, Ahmad, Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan As-Syaibani.

Pendapat ketiga:

Jin berada di lokasi antara syurga dengan neraka yakni Al-A’raf.

Pendapat keempat:

Orang-orang yang mengatakan: “Allah SWT yang lebih mengetahui,” dan mereka menahan diri (tawaqquf) dari penetapan hukum keadaan para jin tersebut. Allah SWT melaksanakan apa sahaja yang Dia kehendaki pada hamba-hamba-Nya dengan Kebijaksanaan-Nya dan Kekuasaan-Nya, Maha Mulia keadaan-Nya dan Rabb-mu tidaklah berlaku zalim terhadap hamba-Nya.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.