Meninggalkan Perkara Sunat – Cara Syaitan Masuk Dalam Diri Seorang Hamba (Bhgn 3)

158

SYAITAN MASUK KE DALAM DIRI SEORANG HAMBA DENGAN CARA MEROSAKKAN IBADAH MEREKA

Kerosakan ibadah ini dilakukan dengan cara mentalbis keyakinan, urusan dan penunaian ibadah mereka, antara lain:

c) Meninggalkan Perkara Sunat

Serangan melalui jalan ini dilakukan ketika Iblis terlaknat itu membisik berapa orang, lantas mereka meninggalkan banyak perkara sunat ketika terjadinya berbagai peristiwa pada mereka. Di antara mereka ada yang tertinggal dari saf pertama, atau syaitan membisi kepadanya dan menyerang dengan talbisnya terhadap akal fikirannya sehingga dia tidak bersedekap dalam solat, padahal bersedekap itu termasuk sunat. Kadang-kadang syaitan menjadikan prang yang sedang solat salah dalam melafazkan makhraj huruf atau mengulangi kalimah lebih dari sekali sehingga menghalang antara dia dengan solat mereka.

Muslim meriwayatkan hadis Utsman bin Abul Ash RA, dia berkata: “Aku berkata kepada Rasulullah SAW, ‘Syaitan datang menghalangku dalam solatku dan bacaanku, dia mengacau diriku.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Itulah syaitan yang dinamakan Khanzab. Apabila kamu merasainya, maka mohonlah perlindungan kepada Allah SWT darinya dan meludahkan kamu ke arah kirimu tiga kali.’ Maka aku mengerjakan itu, lantas Allah SWT menghalang ia dari diriku.’

Bentuk gangguan syaitan yang lain adalah menghasung orang untuk mengerjakan solat tahajud yang sangat banyak dan lama, bahkan tidak tidur semalam suntuk, sehingga menjelang waktu Subuh. Dengan itu ia telah berjaya merosak tubuhnya dan mengakibatkan dia tertidur pada siang hari kerana keletihan dan akhirnya dia tidak mengerjakan amalan yang wajib. Waspadailah hal ini, wahai saudaraku, kerana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya tubuhmu memiliki hak terhadapmu.” Baginda SAW juga bersabda: “Maka dirikanlah solat tahajud tetapi juga tidurlah.”

Saya menyebutkan jalan-jalan yang boleh digunakan syaitan untuk menghalang seorang muslim kerana banyak yang melakukan ibadah namun keadaan mereka sangatlah buruk. Mereka tidak maju selangkah pun. Mereka harus mahu memerhatikan hal ini. Perkara ini tidak akan dilakukan kecuali dengan pengetahuan, kekhusyukan dan keyakinan yang kuat, agar syaitan tidak mampu menebar talbisnya dalam ibadah kita. Kalau mereka sampai berjaya menebarkan talbisnya, nescaya kita tidak akan merasai dan memetik hasilnya ibadah yang berupa ketakwaan dan kesolehan di dunia dan din.

Ada orang yang berkata: “Aku mengerjakan solat dan membaca Al-Quran, tetapi aku tidak boleh terbebas dari kesusahan, kesulitan dan penyakitku.”

Saya katakan kepada orang seperti ini: “Lihatlah dirimu dan ibadahmu, apakah itu sudah dilakukan dengan ikhlas, bebas dari berbagai kecacatan seperti riak atau yang lain? Apakah ibadah itu dilakukan atas dasar ilmu din, atau hanya merupakan gerakan-gerakan kosong belaka? Jika begitu, maka ketahuilah bahawa syaitan itu pasti mendapat jalan masuk kepada dirimu. Oleh kerana itu, carilah jalan syaitan masuk, lantas tutuplah segera dengan ilmu mengenai din yang berasal dari Kitabullah dan sunnah Nabi Muhammad SAW.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.