Memohon Perlindungan Dari Jin Adalah Haram

59

Marilah kita perhatikan tafsir ayat ini:

“Bahawasanya ada sejumlah lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada sekumpulan lelaki dari kalangan jin, lantas mereka (para jin) itu menambah dosa terhadap mereka (para manusia).” (Al-Jin: 6)

Dalam kitab tafsirnya, Ibnu Katsir berkata, maksudnya: “Kami (jin) melihat bahawa kami mempunyai keutamaan dibandingkan manusia. Buktinya mereka meminta perlindungan dengan kami ketika mereka menuruni lembah atau suatu tempat yang mengerikan, baik berupa dataran mahupun selain. Demikianlah adat orang Arab pada masa jahiliah, mereka biasa meminta perlindungan kepada pembesar jin yang menguasai tempat itu, agar keburukan dari jin itu tidak menimpa mereka.”

Perbuatan mereka ini sebagaimana jika salah seorang masuk ke negeri musuhnya dalam perlindungan seorang pembesar di sana. Tatkala jin melihat bahawa manusia itu meminta perlindungan kepada mereka kerana ketakutan manusia kepada mereka, maka jin itu menambah rahaqan kepada mereka. Maksudnya menambah ketakutan, intimidasi dan kepanikan, sehingga mereka menjadi semakin takut kepada jin itu dan lebih kuat meminta perlindungan dengan mereka.”

Qatadah berkata: “Fazaduhum rahaqan, maksudnya dosa.”

Dengan perbuatan manusia itu, jin semakin bertambah kelancangannya. Apabila manusia meminta perlindungan kepada mereka, dan tidak memohon perlindungan kepada Allah SWT, maka jin akan berlaku zalim dan mengganggu mereka. Oleh kerananya, tidak boleh meminta perlindungan dengan jin kerana takut kepada mereka. Memohon perlindungan itu hanyalah kepada Allah SWT sahaja, dan juga dengan apa yang Dia turunkan berupa ayat-ayat yang memaksa jin dan syaitan untuk tunduk.

Dari Khaulah binti Hakim RA, dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang menempati suatu tempat kemudian dia berdoa:

Ertinya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan apa sahaja yang Dia ciptakan. Nescaya tiada sesuatu pun yang akan menimpakan mudarat terhadapnya sampai dia meninggalkan tempatnya itu.'” (HR. Muslim)

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad So

Get real time updates directly on you device, subscribe now.