Meminta Pertolongan Kepada Jin – IKHTIAR SYIFA

542

Umumnya ilmu sihir adalah menggunakan jin untuk membantu kehendak mereka sehingga apa sahaja yang mereka inginkan, jin akan melakukannya dengan penuh taat dan tunduk.

Sebenarnya ketaatan jin kepada manusia adalah semata-mata apabila manusia ini mengikut percakapan dan arahan mereka. Di dalam kitab al-Futuhat telah dijelaskan bahawa umat Islam jangan sekali-kali bersahabat dengan mereka kerana yang demikian akan membawa fitnah yang besar walaupun jin itu mengaku sebagai seorang Islam atau beriman.

Mereka menyangka dapat menundukkan jin sebagaimana Nabi Sulaiman AS, tetapi jangan lupa bahawa Nabi Allah Sulaiman mendapat kelebihan sedemikian dengan mukjizat dan baginda mengetahui nama-nama Allah al-Azam dan mukjizat sedangkan kita amat jauh perbezaan dengan baginda alihimussolatu wassalam.

Memang dewasa ini di negara kita khususnya umat Islam apabila menghadapi masalah mereka akan bertemu dan memohon kepada tukang sihir tanpa memikirkan perkara itu boleh merosakkan akidah mereka. Kita wajib menghindarkan diri daripada perkara yang seumpama itu. Sekali-kali jangan bersyubhat dengan mereka yang melakukan syirik atau menyekutukan Allah kerana ini menyebabkan kita masuk neraka kekal selama-lamanya. Sebenarnya mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

Seperti setengah daripada mereka beristinjak dengan susu, mengoyakkan al-Quran, bersemah memuja jin dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh orang jahiliah dan itulah yang disukai oleh jin.

Jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah mengatakan bahawa mentaati jin dan memohon pertolongan daripada mereka adalah kafir.

Sebagaimana juga pendapat:
i. Ibn Taimiyah
ii. Abul-Hasan al-Asy’ari
iii. Ibrahim al-Bajuri
iv. Al-Syeikh Mohd al-Mutawalli

Oleh hal yang demikian apabila kita telah dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara menurut yang diharuskan oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.