Konspirasi Jahat Iblis Kepada Manusia

533

Iblis telah merencanakan sebuah konspirasi yang jahat dan busuk untuk membalas dendam kepada Adam. Muslihat iblis ini dapat dilihat melalui ayat berikut:

Maksudnya: “Ya Tuhanku! (Kalau begitu) maka tangguhkanlah aku sampai hari (manusia) dibangkitkan)”. (Surah Al-Hijr: 36)

Ustaz Sayyid Quthub berkata, “Iblis telah meminta penundaan (kematian) sehingga hari kebangkitan. Bukan kerana ingin menyesali kesalahan dan dosanya di hadapan Allah SWT pencinta Yang Maha Agung. Bukan pula kerana ingin bertaubat dan kembali kepada Allah serta menyesali dosa dan kesalahannya.

Dia meminta penundaan tersebut agar dapat membalas dendam kepada Adam AS dan anak cucunya sebagai pembalasan dari pelaknatan dan pengusiran Allah SWT kepadanya. Dia menghubungkan laknat Allah SWT yang diterimanya kepada Adam AS, dan bukan kepada kederhakaannya kepada Allah SWT.”

Tujuan yang Ingin dicapai

Setelah itu iblis merasa tenang dengan pengekalan yang telah Allah SWT janjikan kepadanya sehingga hari kebangkitan manusia, iaitu ketika:

Allah SWT berfirman: ‘(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang diberi tangguh. Sampai hari (suatu) waktu yang ditentukan.” (Surah Al-Hijr: 37-38)

Iblis mulai memaparkan maklumat konspirasi jahat secara terperinci, serta dengan lantang mengemukakan tujuan-tujuannya. Tanpa rasa takut dan segan iblis berkata:

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku! Oleh sebab Kamu telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Kamu yang mukhlis di kalangan mereka”.”
(Surah Al-Hijr: 39-40)

Ustaz Sayyid Quthb berkata, “Kerana itulah, iblis menentukan medan pertempuran yang akan dilalui, iaitu bumi (pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi). Dia juga menentukan bahawa senjatanya dalam peperangan ini ialah memperindahkan kemaksiatan dan dosa dalam pandangan manusia. Dia mahu manusia tertipu dengan perhiasannya yang memikat dan kemudiannya melakukannya secara terus menerus. Begitulah tatkala seseorang terjerumus ke dalam kemungkaran dan setiap perkata yang diinginkan oleh nafsu mereka. Kita harus berwaspada dengan permainan syaitan melainkan jika mereka terus berhubungan dan berdoa kepada Allah dan menyembah-Nya dengan ibadah yang sebenarnya. Hal ini adalah kerana syaitan tidak dapat menggoda hamba-hamba Allah yang mukhlash (diberi keikhlasan Allah), seperti yang sudah disyaratkannya sendiri, “Kecuali hamba-hamba Engkau mukhlis (hamba pilihan) di antara mereka.”

Serangan Pertama

Syaitan telah berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia benar-benar akan memusuhi setiap anak cucu Adam AS. Oleh itu, dia pun melakukan serangan pertama dan mengisytiharkan perang kepada manusia sejak ia lahir ke dunia ini. Tidak ada pendamaian, kasih sayang dan gencatan senjata. Sebaliknya yang ada hanyalah perperangan. Abu Hurairah RA mengatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap manusia yang lahir, ditusuk pada kedua-dua rusuk (oleh iblis) dengan jari-jarinya. Selain Nabi Isa anak Mariam, kerana ia (inlis) pergi hendak menusuknya, tetapi dia hanya menusuk penghalang.”

Disebabkan itu setiap bayi akan menjerit kerana tusukan syaitan (iblis). Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap bayi yang lahir, pasti ditusuk oleh syaitan. Maka dia pun akan menangis menjerit kerana tusukan ini, kecuali Isa anak Mariam dan ibunya (Mariam).”

Kemudian Abu Hurairah RA berkata, “Apabila ingin mengetahui sebabnya, bacalah firman Allah SWT:

“Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamakan dia Maryam dan aku memohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
(Surah Al-Imran: 36)

Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya, “Dari Aku Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jeritan bayi ketika dia lahir adalah disebabkan godaan (tusukan) syaitan.”

Adakah hanya Nabi Isa AS saja yang terpelihara daripada tusukan syaitan? atau semua Nabi juga demikian? Imam Nawawi berkata, “Al-Qadhi Iyadh mengatakan, “Sesungguhnya semua Nabi juga seperti Nabi Isa AS pada ciri-ciri yang satu ini (terjaga daripada tusukan iblis).”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.