Komitmen Terhadap Jemaah

418

Komitmen terhadap jemaah dapat menyingkirkan syaitan dan mendatangkan keredhaan Allah SWT. Oleh itu anda harus teguh dengan jemaah kerana serigala hanya akan menerkam kambing yang tidak yang tidak berada dalam kumpulannya. Umar bin Khattab RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang menginginkan kenikmatan syurga, hendaknya dia teguh kepada jemaah kerana syaitan bersama orang yang sendirian, dan dia akan menjaga jarak dari dua orang.”

Jika seseorang akan melakukan perjalanan jauh, khususnya di padang pasir, hendaknya dia membawa teman. Sebab Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Seorang musafir ialah syaitan, dua orang musafir ialah dua syaitan dan tiga orang musafir ialah kafilah musafir.”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Sekiranya manusia mengetahui apa yang kuketahui tentang bahaya berjalan berseorangan, nescaya seorang musafir tidak akan berani berjalan berseorangan pada malam hari.”

Dalam Al Muwattha’, Imam Malik meriwayatkan daripada Said bin Musayyib bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Syaitan akan menggoda orang yang bersendirian dan yang berdua, dan kalau bertiga, dia tidak akan menggodanya”.

Ibnu Abdil Barr berkata, ‘Hadis ini disampaikan oleh Qasim bin Ashbagh daripada jalur Abdul Rahman bin Abu Zinad dan Abdul Rahman bin Harmalah daripada Said bin Musayyib, daripada Abu Hurairah RA.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan kepada kita bahawa perpecahan (menyendiri) berasal daripada syaitan. Abu Tsa’labah Al-Khasyani RA berkata, “Ketika orang-orang turun pada suatu tempat, mereka berpisah-pisah di lembah dan bukit-bukit, maka Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya berpecahnya kalian di lembah dan bukit-bukit berasal daripada syaitan.’ Maka setiap mereka turun pada suatu tempat, mereka sentiasa bersatu dan berkumpul.”

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Jemaah ialah rahmat dan perpecahan adalah azab.”

Teguh terhadap Jemaah memerlukan dua segi:

Pertama, komitmen terhadap  jemaah dari segi akidah, iaitu akidah anda harus sama seperti akidah jemaah yang pertama, iaitu jemaah Salafus Soleh dari kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang soleh yang mengikuti jalan mereka dan berjalan sesuai dengan manhaj mereka.

Hal tersebut seiring dengan apa yang yang dikatakan oleh Abdullah bin Mas’ud RA:

“Jemaah adalah sesuatu yang sesuai dengan kebenaran, meskipun anda sendirian.”

Kedua, komitmen terhadap jemaah di dalam satu barisan. Iaitu, hendaknya jiwa dan ragamu sentiasa bersama para pengusung kebenaran di mana dan bila pun mereka berada. Para pengusung kebenaran ialah orang-orang yang disabdakan Rasulullah SAW:

“Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang teguh dengan kebenaran. Orang-orang yang menghinakan mereka tidak akan memberikan bahaya kepada mereka, sehingga datangnya ketentuan Allah (hari kiamat). Sedangkan mereka akan tetap seperti itu.”

Ada beberapa petunjuk yang menegaskan bahawa, seseorang itu menjadi pengusung kebenaran. Dia antaranya ialah kecintaannya kepada ahli hadis. Oleh itu, para ulama berkata, “Jika kamu melihat seseorang mencintai ahli hadis seperti Yahya bin Said Al-Qatthan, Abdul Rahman bin Mahdi, Ahmad bin Hanbal dan Ishak bin Rahawaih, ketahuilah bahawa dia berada di atas kebenaran, dan di atas sunah. Ketahuilah pula, bahawa orang-orang yang bertentangan dengan mereka ialah ahli bidaah.”

Salim Al-Hilali berkata, “Hal itu kerana ahli hadis tidak akan menyimpang dari petunjuk yang putih, bening dan jernih. Mereka merupakan kolompok yang selamat dan kelompok yang unggul serta mendapatkan pertolongan.”

Ketika Imam Ahmad bin Hanbal ditanya mengenai kolompok ini, dia berkata, “Jika memang bukan dari kalangan ahli hadis, saya tidak tahu siapa mereka itu.”

Seperti itu pula apa yang dikatakan Ali bin Al-Madini, Abdullah bin Mubarak, Bukhari, Hakim, Tirmizi, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Jalaluddin As-Suyuthi dan masih banyak lagi ulama yang lain.

Di antara ciri-ciri para pengusung kebenaran yang lain ialah tidak mendahulukan perkataan seseorang (apapun status dan kedudukannya) atas sabda Rasulullah SAW. Selain itu, mereka juga beriman kepada sifat-sifat Allah SWT tanpa tasybih (penyerupaan dengan makhluk), ta’thil (peniadaan), dan tanpa ta’wil (mengarang-ngarang ertinya). Mereka mengatakan seperti yang dikaakan Imam Syafie, ketika beliau ditanya mengenai Istiwa’ (bersemayam-Nya Allah SWT), beliau mengatakan, “Saya beriman terhadap apa saja yang difirmankan Allah SWT sesuai dengan tujuan Allah, dan terhadap sabda Rasulullah SAW sesuai dengan tujuan Rasulullah.”

Dan seperti yang dikatakan Imam Malik, ‘Istiwfa’ (bersemayam-Nya Allah) sudah dimaklumkan. Tatacaranya tidak diketahui. Beriman kepadanya ialah wajib, sedangkan menanyakannya ialah bidaah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.