Ketundukan Manusia Terhadap Jin

37

Sila renungi ayat-ayat berikut ini.

Allah SWT berfirman: “Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang meyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu.” (Al-Anbiya’: 82)

Allah SWT berfirman: “Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia, dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).” (n-Naml: 17)

Allah SWT berfirman: “Dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam. Dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu.” (Sad: 37-38)

Allah SWT berfirman: “Berkata Ifrit dari golongan jin, ‘Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu.'” (An-Naml: 39)

Allah SWT juga berfirman: “Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya ( di bawah kekuasaannya) dengan izin Rabb-nya, dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami. Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah SWT).” (Saba’: 12-13)

Makna ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa sebahagian manusia itu boleh menggunakan jin untuk melayannya, mereka menundukkan jin-jin tersebut agar bekerja untuk kepentingannya, dan itu khusus bagi Sulaiman AS.

Qatada berkata: “(Wahai Sulaiman) tahanlah sebahagian jin-jin yang kau inginkan dalam rantai belenggumu ini, atau lepaskan sesiapa sahaja yang kau kehendaki dari mereka. Kamu pasti boleh menguasai mereka. Lakukanlah apa sahaja yang kau kehendaki, tiada hisab atasmu terhadap perbuatanmu itu.”

As-Sudi berkata: “Sulaiman berbuat baik kepada sebahagian jin yang dia kehendaki, lalu dia membebaskan sebahagian mereka dan menahan lagi sebahagian dari mereka, lantas dia mempekerjakannya, dan tiada hisab yang akan dilakukan atas Sulaiman terhadap tindakannya.”

Umar bin Abdul Aziz bertanya kepada Musa bin Nushair, gabenor Mahjribi, orang yang pernah dihantar dalam suatu rombongan pasukan hingga dia sampai atau mendengar terbitnya matahari dari tempat yang paling menakjubkan di lautan. Musa bin Nushair menjawab: “Saya berhenti di salah satu pulau di lautan. Kami tiba di suatu gedung yang menjulang tinggi. Kami mendapati tujuh belas guci dan tempayan hijau yang disegel dengan cap Sulaiman AS. Aku memerintahkan untuk mengambil empat guci di antaranya dan ku perintahkan untuk membuka salah satu guci itu, ternyata di dalamnya ada syaitan yang diikat tangannya ke tengkoknya. Syaitan itu berkata, ‘Demi Zat yang telah memuliakanmu dengan kenabian, aku tidak akan mengulangi lagi melakukan kerosakan di muka bumi setelah ini,’ kemudian dia melihatku dan berkata, ‘Demi Allah, aku tidak melihat Sulaiman dan kerajaannya!’ Lalu dia menyusup ke dalam tanah kemudian menghilang. Segerah ku perintahkan pasukan untuk mengembalikan semua guci yang tersisa ke tempat asalnya.”

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.