Abu Hurairah r.a. berkata. “Rasulullah SAW pernah menyuruh saya untuk menjaga harta zakat pada bulan Ramadan. Tiba-tiba datanglah satu makhluk, lalu ia mengambil makanan (tanpa meminta izin). Kemudian aku memegangnya dan bersumpah atas nama Allah SWT, bahawa saya akan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW Dia berkata, ‘Sesungguhnya saya sangat memerlukan makanan ini, dan saya mempunyai sekeluarga, selain itu ketika ini saya benar-benar memerlukan. ‘ Saya pun melepaskannya dan pada pagi harinya, Rasulullah SAW bersabda kepada saya, ‘Wahai Abu Hurairah, apa yang dilakukan tawananmu malam tadi?’ Saya jawab, ‘Wahai Rasulullah, ia mengadukan tentang keperluannya yang sangat mendesak, dan bahawa dia mempunyai keluarga. Saya merasa hiba dan kasihan kepadanya, lalu kulepaskan ia. Baginda SAW bersabda, ‘Makhluk itu telah mendustaimu. Dia akan kembali lagi.’ Saya pun mengetahui bahawa ia akan kembali, kerana Rasulullah SAW telah mengatakan bahawa ia akan kembali.
Pada sebelah malam saya menginyainya, dia pun datang lagi dan mencuri makanan. Lalu saya tangkap ia dan kuancam lagi, bahawa saya akan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW Dia berkata, ‘Lepaskanlah saya, saya dalam keadaan memerlukan, sedangkan saya mempunyai keluarga-keluarga. Saya berjanji tidak akan kembali lagi.’ Saya pun merasa hiba dan kasihan kepadanya hingga saya melepaskannya.
Pada keesokkan harinya, Rasulullah SAW bersabda kepada saya, ‘Wahai Abu Hurairah, apa yang dilakukan tawananmu malam tadi?’ Saya menjawab, bahawa, ia mengadukan keperluannya yang sangat mendesak, dan dia mempunyai keluarga. Oleh kerana saya merasa hiba dan kasihan kepadanya, saya pun kembali melepaskannya. Baginda berkata, ‘Sesungguhnya dia telah mendustaimu. Dia akan kembali lagi.’
Malam harinya, saya mengintainya untuk kali ketiga. Dia datang dan kembali mencuri makanan. Lalu saya menangkap dan mengancamnya, bahawa dia benar-benar akan saya serahkan kepada Rasulullah SAW. Saya bertekad bahawa ini yang terakhir baginya, kerana kelmarin dia berjanji tidak akan kembali, tapi ternyata dia kembali lagi. Kali ini ia berkata, ‘Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat (doa), semoga Allah SWT memberikan manfaat untukmu dengan taklimat ini.’
Aku pun menanyakan tentang doa itu”, Dia berkata, “Jika kamu berbaring di tilam, bacalah ayat Kursi:
“Allah , tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidakmerasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Baqarah: 255)
Sebab dengan begitu, Allah SWT akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya.”
Maka, saya pun melepaskannya.
Pada pagi harinya, Rasulullah SAW bertanya kepada, ‘Apa yang dilakukan tawananmu tadi malam wahai Abu Hurairah?’ Saya menjawab, bahawa ia telah mengajari sebuah doa yang boleh dapat mendatangkan manfaat bagi saya, maka kulepaskan ia’. Baginda bertanya, ‘Doa apa itu?’ Saya menjawab, bahawa ia mengatakan kepada saya, ‘Jika kamu hendak berbaring (tidur), di atas pembaringanmu, bacalah ayat Kursi secara lengkap, dia juga mengatakan bahawa Allah akan memelihara saya dan syaitan tidak akan mendekatinya saya hingga pagi harinya sedangkan para sahabat r.a. ialah orang-orang yang bersemangat untuk melakukan amal kebaikan.
Maka Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Makhluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan sebenarnya ia ialah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak cakap sejak tiga hari yang lalu itu?’ Saya menjawab, ‘Tidak’. Baginda berkata, ‘Ia ialah syaitan (jin kafir) (HR Bukhari dengan ta’liq)