Jenis-Jenis dan Tempat Tinggal Jin

1,154

Jenis-jenis Jin

Tsa’labah Al-Khasyani r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jin ada tiga jenis, ‘Pertama; jin yang mempunyai sayap, mereka biasa terbang di usara. Kedua, jin berupa ular dan kala jengking. Dan ketiga, jin yang bertempat tinggal dan pindah-pindah serta mengembara (HR Tabrani dan Hakim).”

Tempat Tinggal Jin

Biasanya, bangsa jin lebih memilih untuk tinggal di tempat-tempat yang tidak dihuni manusia seperti padang pasir. Ada juga yang tinggal di tong sampah dan tempat pembuangan kotoran. Terdapat juga jin tersebut, yang tinggal bersama manusia. Oleh itu, Rasulullah SAW pernah keluar menuju padang pasir untuk mengajak (mendakwahi) mereka kepada Allah SWT Baginda membacakan Al-Quran kepada mereka serta mengajarkan syariat-syariat Islam. Hadis tentang kisah ini banyak periwatannya, seperti yang terdapat pada kedua-dua kitab sahih, Imam Bukhari dan Muslim, daripada jalur Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud r.a.

Terdapat juga yang tinggal di tong sampah dan pembuangan kotoran. Hal ini adalah kerana mereka memakan sisa-sisa makanan manusia. Sebagaimana yang terdapat pada hadis riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. yang sudah disebutkan sebelumnya.

Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan, Ibnu Abid Dunya meriwayatkan daripada Yazid bin Yazid bin Jari-salah seorang perawi yang tsiqah dari negeri Syam, dia salah seorang tabi’in yang kurang masyur-berkata, “Tidaklah sebuah rumah yang dihuni para penghuninya melainkan pada atap rumah mereka terdapat jin. Jika mereka makan siang, jin-jin ini turun dan makan bersama mereka, dan begitu pula ketika mereka makan malam.”

Saya katakan, “Mengenai tipu daya syaitan ini,  Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan daripada Yazid dengan kalimat, “Tidaklah setiap penghuni rumah dari kalangan kaum muslimin melainkan atas atap genting rumah mereka terdapat jin-jin muslim. Jika mereka makan pada waktu siang, jin-jin ini pun turun dan makan bersama mereka. Jika mereka makan malam, jin-jin ini juga ikut makan bersama mereka. Allah menjaga mereka daripada melihat jin-jin ini.”

Ada juga jin yang tinggal di tandas, diriwayatkan daripada Zaid bin Argam r.a. Beliau bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya tempat-tempat pembuangan kotoran ditempati oleh bangsa jin. Oleh itu, jika salah seorang di antara kalian masuk ke dalam tandas, hendaklah dia berdoa: “(Ya Allah, Sesungguhnya hamba berlindung kepada-Mu dari jin jantan dan jin betina).”

Saya (penulis) berkata, “Saya pernah bertanya kepada salah satu jin muslim, adakah kamu tinggal di kamar mandi?”. Dia menjawab, “Tidak,”

Saya membantah, “ Tetapi di dalam hadis disebutkan bahawa jin-jin bertempat tinggal di tandas dan kamar mandi.”

Dia menjelaskan, “Ya, tapi ini khusus bagi jin kafir, kerana mereka lebih memilih tempat-tempat najis dan kotor sebagai tempat tinggal mereka.”

Menurut saya, boleh jadi percakapannya ini benar. Hal ini kerana saya pernah memerhatikan jin-jin kafir sangat membenci harum-haruman dan bau yang wangi, khususnya minyak kasturi. Sementara jin-jin muslim sangat menyukai aroma-aroma seperti ini, persis seperti kaum muslimin dari kalangan manusia.

Bangsa jin biasa menghuni gedung dan kamar-kamar. Imam Nasa’i meriwayatkan daripada Qatadah, daripada Abdullah bin Sirjis, dia berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Janganlah salah seorang di antara kalian kencing pada lubang-lubang.”

Mereka bertanya kepada Qatadah, “Mengapa kita dimakruhkan untuk kencing pada lubang?”. Dia menjawab, “Kerana lubang-lubang tersebut merupakan tempat tinggal jin.”

Bangsa jin juga biasa menghuni kandang-kandang unta. Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa kandang-kandang unta merupakan tempat tinggal syaitan. Sebagaimana yang terdapat pada sahih Muslim dan kitab yang lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.