Jantina Jin

1,767

Terdapat dua jenis jin ini iaitu jantan dan betina.

  1. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laik-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

Ini menunjukkan ada golongan jin yang jantan dan ada golongan betina.

  1. Firman Allah SWT :

Maksudnya:

Belum pernah disentuh oleh manusia dan jin…

Ayat ini juga menjelaskan bahawa adanya jin jantan dan jin betina.

Firmannya lagi :

Maksudnya:

Dan setiap benda kami jadikan berpasang pasangan semoga kamu beringat.

Ayat ini juga secara umumnya mengatakan setiap sesuatu yang diciptakan mempunyai pasangannya masing-masing, termasuklah jin, manusia dan makhluk-makhluk yang lain.

Di dalam hadis pula disebut iaitu baginda Rasulullah SAW apabila masuk tandas, membaca:

Maksudnya:

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada syaitan dan betina.”

Terjemahan Al-Khubth, dan Al-Khabaith sebagai syaitan jantan dan betina ialah sebagaimana pendapat Al-Imam An-Nawawi, Hajar, Ibnu Hibba, dan Ibnu-Athir. Maka jelaslah kepada kita bahawa jin dan syaitan ada jantan dan betina.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.