Penyakit rasukan syaitan memang banyak berlaku di dalam mesayarakat kita sekarang ini. Yang menjadi masalah ialah bagi mereka yang tidak berpegang kepada petunjuk Allah dan Sunnah Nabi kita Muhammad SAW sehingga mereka menolak penyakit rasukan jin berkenaan sedangkan Allah telah menyebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 275:
Maksudnya :
Orang-orang yang makan Riba’, tidak dapat berdiri, kecuali seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk oleh syaitan lantaran penyakit gila.
Al-Qurtubi do dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil kepada mereka yang tidak mempercayai wujudnya rasukan syaitan ke dalam jasad manusia.
Begitu juga firmannya dalam surah Al-A’raf ayat 201:
Maksudnya :
Sesungguhnnya orang-orang yang bertaqwa , bila mendapat gangguan dari syaitan, lalu ingat kepada tuhan dan selalu berwaspada.
Al-Qasimy menyebut: Asal sentuhan ialah dengan tangan, kemudian dipinjamkan perkataan itu yang membawa pengertian gila kerana syaitan apabila menyentuh manusia maka manusia menjadi gila sebagaimana juga yang disebut oleh Zamakhsyari.
Kesimpulannya dapat kita katakan bahawa penyakit rasukan atau kemasukan jin dalam badan adalah sesuatu yang benar dan terbukti yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.
Baginda Rasulullah SAW menyebut:
Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan berjalan mengikuti saluran darah dalam badan anak Adam.
Abdullah Ibn Al-Imam bin Hambal bertanya kepada ayahnya, ada sesetengah orang mengatakan jin tidak akan masuk ke dalam badan orang yang tidak sedar (rasukan) maka ayahnya mengatakan hai anakku mereka berdusta dan jin bercakap memnerusi lidahnya.
Ibnu Taimiyah mengatakan, tidak ada seorang Imam pun yang mengingkari tentang kemasukan jin ke dalam badan orang yang tidak sedarkan diri.