Faktor-faktor dan Kesan Terkena Gangguan Jin Asyik

12,329

Jin asyik ialah jin yang jatuh cinta dengan manusia. Bila jin sudah jatuh cinta dia akan selalu bersama dengan orang itu lebih-lebih lagi waktu orang tersebut sedang tidur pada waktu petang dan malam. Kadang-kadang ada juga jin asyik yang tinggal di dalam tubuh orang yang dia cinta tu.

Jin asyik adalah antara gangguan jin yang paling bahaya, susah dan ganas. Cuba cinta kita terhalang mesti kita memberontak kan? begitu juga dengan jin. Gangguan jin asyik ini bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tetapi yang dah berkahwin juga tidak terkecuali. Mangsa biasanya seorang perempuan.

Jangan tidak tahu Jin juga bernafsu seperti manusia. Sebab itu dalam feqh ada dibincangkan hukum manusia berkahwin dengan jin. Kalau kita rujuk kepada perawat-perawat Islam banyak kes jin merogol menusia.

ANTARA FAKTOR-FAKTOR TERKENA JIN ASYIK

1. Tidur Di Waktu Petang
Pernah tak bila anda bangun tidur ada kesan gigitan dipeha? Siapa yang gigit? kes begini banyak berlaku ke atas wanita dan biasanya terjadi bila tidur waktu petang.

  1. Suka mandi waktu Maghrib
    Waktu maghrib adalah waktu Jin sedang berkeliaran. Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu senja jin. Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya. Bilik air bukankah tempat yang disukai syaitan (jin kafir)? sebab itulah elakkanlah dari mandi pada waktu senja.
  2. Bertelanjang ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi
    Bila jin ternampak anda bertelanjang jin akan suka. Macam manusia juga. Bila sekali dia dah tengok dan suka, dia akan datang lagi tengok waktu anda berbogel. Oleh itu bila mandi pakailah kain basahan.

    “sesungguhnye ia (jin) dan pengikut-pengikutnye melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka” (surah Al-A’raf QS 7:27)
  3. Bila nak tanggal pakaian dan nak masuk bilir air bacalah isti’azah atau basmalah dahulu

    Nabi SAW bersabda:
    ” ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم. إذا دخل أحدهم الخلاء قول: بسم الله “
    Penutup antara mata-mata jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari mereka memasuki bilik air ialah perkataan”bismillah”
    (Sahih Al-Jami’ As-Shaghir 1/675)
  4. Tidak baca doa sebelum bersama suami-isteri
    Ketika nak bersetubuh dengan isteri baca dahulu doa yang pernah Nabi ajarkan. Kesan tidak membaca doa tersebut jin boleh “syok” dengan isteri anda dan jika Allah SWT rezekikan anda mendapat anak hasil dari persetubuahan kemungkinan anak anda nanti akan bermasalah. Contoh perangai macam syaitan dan lain-lain. Na’uzubilli min zalik. Semoga Allah merezekikan kita zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.
  5. Selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah.
    Bagi yang bujang terutamanya wanita kalau boleh usahakanlah untuk tinggal dengan kawan-kawan. Jangan menyewa seorang.

    ANTARA KESAN GANGGUAN JIN ASYIK
  • Boleh menyebabkan berat jodoh. Sentiasa ada halangan di dalam perhubungan cinta. Ada saja halangan untuk berkahwin. Dipinang orang tapi selalu tak jadi, semua ini disebabkan jin asyik berusaha menghalang perkahwinan atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil.
  • Kerap memarahi dan membenci pasangan.
  • Kerap mimpi bersetubuh.
  • Kerap mimpi melahirkan anak.
  • Selalu bercakap seorang diri.
  • Sering terdapat kesan gigitan di peha terutamanya tidur diwaktu petang (lepas asar).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.