- Qatadah berkata, “Aku berkata kepada Sa’id bin Musaiyyib, “Ada orang yang sakit atau diambil dari isterinya apakah boleh dibebaskan darinya atau diubati?”
Ia berkata, “Tidaklah mengapa. Mereka hanyalah ingin melakukan ishlah (kebaikan). Adapun sesuatu yang bermanfaat maka tidak ada larangan darinya.” - Al-Qurtubi berkata, “Mereka berselisih pendapat, apakah tukang sihir diminta untuk menyingkirkan sigir dari orang yang disihir?”
Sa’id bin Musaiyyib membolehkannya berdasarkan riwayat yang disebutkan Bukhari. Al-Mazini juga cenderung kepada pendapat ini. Asy-Sya’ib berkata, “Tidaklah mengapa dengan rawatan sihir ala Arab (nasyrah ‘arabiah), tetapi al-Hasan al-Bashri menilainya makruh.”
Saya berkata, “Nasyrah ialah sejenis rawatan yang dipakai untuk merawat orang yang diduga kena sihir atau kesurupan jin.” - Ibnu Qudamah berkata, “Adapun orang yang menyingkirkan sihir; jika dengan ayat-ayat Al-Quran, zikir, sumpah, atau ucapan yang tidak terlarang, tidaklah mengapa. Tetapi jika dengan sesuatu dari sihir, sesungguhnya Ahmad bin Hanbal telah mengambil sikap tawaquf (tidak memberi jawapan).
- Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Tentang sabda Nabi SAW,
“Rawatan sir (nasyrah) itu dari perbuatan syaitan,” dapat dijawab bahawa ia merupakan isyarat kepada prinsipnya; jika dimaksudkan untuk kebaikan, akan menjadi kebaikan, tetapi jika tidak, akan menjadi keburukan.
Ia berkata, “Tetapi berkemungkinan bahawa nasyrah (rawatan sihir) itu ada dua macam, iaitu sebagai berikut.
a) Rawatan sihir yang dibolehkan, iaitu menyingkirkan sihir dengan Al-Quran, doa-doa, dan zikir-zikir yang disyariatkan>
b) Rawatan sihir yang diharamkan, iaitu menyingkir sihir dengan sihir pula, dengan cara meminta pertolongan kepada syaitan, mendekatkan diri kepada mereka, istighathah kepada mereka, dan mencari reda mereka. Barangkali jenis rawatan sihir inilah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi SAW, “Rawatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu dari perbuatan syaitan.” Bagaimana mungkin bentuk rawatan sihir itu dibolehkan, sedangkan Nabi SAW dalam beberapa hadis telah melarang kita pergi ke tukang-tukang sihir dan tenung. Siapa yang mendatangi mereka dan membenarkan apa yang mereka katakan, sesungguhnya ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW. - Ibnul Qayyim berkata, “Nasyrah ialah menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir. Ia terdiri dari dua macam, iaitu:
a) Menyingkirkan sihir dengan sihir yang sama. Cara ini termasuk perbuatan syaitan. Apa yang dikemukakan oleh Hasan al-Bashri hendaknya difahami dalam konteks ini. Orang yang melakukan rawatan sihir dan orang yang diubati melakukan pendekatan kepada syaitan dengan sesuatu yang diinginkan oleh syaitan sehingga ia mahu membantu menghilangkan sihir dari orang yang disihir tersebut.
b) Menyingkirkan sihir dengan ruqyah, mu’awwizat, dan doa-doa yang dibenarkan. Tindakan ini dibolehkan.
Sign in
Sign in
Recover your password.
A password will be e-mailed to you.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.