Syaitan dan jin rajin bertebaran apabila malam semakin menjelang atau di waktu senja. Sabda Rasulullah SAW daripada Jibril as yang bermaksud :
“Apabila malam telah hampir menjelang atau diwaktu senja, tahanlah anak-anak kamu (jangan izinkan mereka keluar). Kerana ketika itu syaitan bertebaran, setelah berlalu satu jam kemudian lepaskanlah mereka, tutuplah pintu, berzikirlah kepada Allah dan tutup semua bejana kamu, sebutlah nama Allah dalam semua keadaan umpamanya kamu terserempak dengannya dan padamkan lampu-lampu kamu semuanya”
Di sini jelaslah kepada kita bahawa mereka yakni jin dan syaitan akan mula bertebaran di waktu senja dan di waktu malam. Ibnu Jauzi mengatakan hikmat tersebarnya mereka di waktu malam kerana ketika itu kekuatan mereka lebih hebat daripada waktu siang (begitu juga apa sahaja yang berwarna hitam).
Itulah sebabnya anjing hitam itu adalah daripada golongan syaitan sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“anjing hitam itu adalah syaitan”. (Dengan hal yang demikian anak-anak kita hendaklah disuruh supaya masuk ke dalam rumah apabila waktu sudah senja).