Beberapa Nasihat agar Terhindar daripada Kerasukan Jin

732
  1. Sentiasa berdoa dengan doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW (seperti Al-Ma’tsurat).
  2. Apabila anda melompat dari tempat yang tinggi, sebutlah nama Allah SWT.
  3. Apabila anda membuang air panas ke tanah, sebutlah nama Allah SWT.
  4. Apabila anda memasuki runga yang gelap, sebutlah nama Allah SWT.
  5. Janganlah anda menyakiti anjing atau kucing.
  6. Janganlah anda tidur bersendirian. Kalaupun kamu terpaksa melakukannya, berwuduk dan bacalah adzkar (doa) sebelum tidur.
  7. Jangan anda membuang air kecil atau air besar pada batu.
  8. Jangan membunuh ular walaupun yang berada di dalam rumah. Hal ini perlu penjelasan yang terperinci.

Pertama, apabila anda melihat ular di dalam rumah benarkan ia berada di dalam rumah selama tiga hari. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya rumah-rumah ini mempunyai penghuni. Jika kamu melihat salah satu darinya, berilah mereka peringatan sebanyak tiga kali, jika setelah itu ia pergi, biarkanlah. Dan kalau dia belum pergi jua, ketahuilah bahawa ia merupakan jin kafir.”

Pada riwayat lain, menurut Imam Muslim dikatakan:

“Benarkanlah dia menetap selama tiga hari, tetapi kalau dia masih ada setelah itu bunuhlah dia, kerana itu ialah syaitan.”

Adapun cara memperingatkannya adalah seperti yang telah dikatakan oleh Imam Nawawi, Al-Qadhi berkata, Ibnu Habib meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda:

“Saya menyeru kamu kepada perjanjian yang telah dibuat Nabi Sulaiman bin Daud atas kalian, bahawa kamu tidak akan menyakiti kami dan kamu juga tidak akan menampakkan diri kepada kami.”

Malik berkata, dia cukup mengatakan, “Keluarlah kamu kerana Allah dan jangan datang lagi pada hari yang lain, dan jangan kamu menyakiti kami.”

Kedua, apabila anda masih melihatnya (di dalam rumah) setelah tiga hari, anda harus membunuhnya. Hal ini adalah kerana ia merupakan syaitan, atau jin Yahudi, atau Nasrani, atau jin Islam yang berbuat zalim atau ia sebenar-benarnya ular.

Ketiga, apabila kamu melihat seekor ular Dzu Thufyatain di dalam rumah atau ular Batra’, maka bunuhlah dan jangan kamu mengizinkannya berada di dalam rumah. Ular Dzu Thufyatain ialah seekor ular yang mempunyai dua garis putih atau hitam pada punggungnya. Manakala ular Batra’ pula ialah ular yang berekor pendek.

Daripada Abu Lubabah RA dia berkata, Nabi Muhammad SAW melarang kita untuk membunuh para penghuni (ular yang menempati) rumah, dan baginda menyuruh untuk membunuh ular yang berekor pendek dan ular yang mempunyai dua garis putih atau hitam di punggungnya.

Keempat, apabila anda melihat ular, walau apapun jenisnya di luar rumah, bunuhlah ia. Hal ini adalah kerana yang dilarang hanya dikhususkan kepada ular yang menghuni di dalam rumah seperti yang disebutkan pada hadis riwayat Imam Muslim.

Kelima, apabila kamu menemukan ular di dalam masjid, bunuhlah ia. Ini adalah pendapat Imam Malik.

9. Jangan bersendirian di padang pasir pada waktu malam.
10. Apabila anda melemparkan sesuatu yang berat ke tanah, sebutlah nama Allah SWT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.