Bagaimanakah Jin Menjelma?

105

Pertama sekali, tidak diragui lagi bahawa jin itu boleh menjelma dengan berbagai bentuk dan berbagai penampilan, misalnya: bentuk manusia, haiwan, ular dan kala jengking.

Qadhi Abu Ya’la berkata: “Syaitan tidak memiliki kemampuan mengubah bentuk mereka atau berubah menjadi bentuk lain. Hanya sahaja, perubahan itu terjadi melalui apa yang Allah SWT ajarkan kepada mereka iaitu yang berupa sejumlah kalimah atau perbuatan yang jika dia kerjakan atau ucapkan, maka Allah SWT akan mengubahnya ke dimensi lain, atau ke bentuk lain, sehingga ada yang mengatakan bahawa jin itu mampu menjelma. Penjelmaan terjadi memalui ucapan atau perbuatan yang diucapkan atau dilakukan oleh jin agar penjelmaan itu terjadi, tentu sahaja dengan kekuasaan Allah SWT, bukan kerana kemampuan jin itu sendiri.”

Ibnu Abid Dunya berkata: “Husyaim menceritakan kepada kami, dari As-Syaibani dari Yasir bin Amru, dia berkata, ‘Kami membincangkan tentang Al-Ghilan’ di hadapan Umar, lalu beliau berkata, ‘Sesungguhnya seseorang itu tidak mampu mengubah dirinya dari bentuk yang telah Allah SWT ciptakan bagi dirinya, akan tetapi syaitan itu mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir kamu, apabila kamu melihat itu, maka kumandangkanlah azan.'”

Dari Jabir bin Abdullah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda tentang Al-Ghulan:

“Mereka adalah tukang-tukang sihir jin.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim)

An-Nawawi berkata: “Jumhur ulama berkara bahawa orang-orang Arab meyakini adanya makhluk bernama Al-Ghilan di padang sahara, iaitu sebangsa syaitan yang memperlihatkan diri kepada manusia dan berubah-ubah bentuknya, lalu membuat mereka tersesat dari jalan yang seharusnya ditempuh dan akhirnya membinasakan mereka, maka Nabi Muhammad SAW, membatalkan hal itu.”

Di dalam Sahih Muslim termaktub hadis dari Abdullah bin Shamit, dari Abu Dzar RA, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu mengerjakan solat, sebaiknya dia menempatkan suterah di hadapannay seperti tongkat yang biasa diletakkan di bahagian belakang haiwan tunggangan. Apabila di depannya tidak ada tongkat yang biasa diletakkan di bahagian belakang haiwan tunggangan, maka solatnya akan terputus oleh keldai, perempuan dan anjing hitam.'”

Aku (Abdullah bin Shamit) bertanya: “Wahai Abu Dzar, apalah bezanya anjing hitam dengan anjing merah dan anjing kuning?”

Abu Dzar RA menjawab: “Wahai abak saudaraku, aku pun pernah bertanya kepada Rasulullah SAW sebagaimana pertanyaanmu kepadaku, kemudian baginda menjawab, ‘Anjing hitam itu adalah syaitan.” (HR. Muslim dan Abu Daud)

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.