Ayat-Ayat Tentang Jin

250

Firman Allah SWT berikut ini:

“Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allahlah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka berbohong (dengan mengatakan); ‘Bahawasanya Allah mempunyai anak lelaki dan perempuan,’ tanpa (berdasar ilmu pengetahuan.” (Al-An’am: 100)

Allah SWT berfirman:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin.” (Al-An’am: 112)

Allah SWT berfirman:

“Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamy ayat-ayat-Ku.” (Al-An;am: 13)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia.” (Al-A’raf: 179)

Allah SWT berfirman:

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang sama Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang sama dengannya.'” (Al-Isra’: 88)

Allah SWT berfirman:

“Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan).” (An-Naml: 17)

Allah SWT berfirman:

“Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin, ‘Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu. Sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi boleh dipercayai.'” (An-Naml: 39)

Allah SWT berfirman:

“Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Rabbnya.” (Saba’: 12)

Allah SWT juga berfirman:

“Maka tatkala dia telah tersungkur, takutlah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.” (Saba’: 14)

Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengar Al-Quran.” (Al-Ahqaf: 29)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada;Ku.” (Az;Zariyat: 56)

Allah SWT berfirman:

“Hai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.” (Ar-Rahman: 33)

Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (hai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran),’ lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan.'” (Al-Jin: 1)

Allah SWT berfirman:

“Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6)

Allah SWT juga berfirman:

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr: 27)

Allah SWT berfirman:

“Maka tatkala Musa melihatnya bergerak-gerak seperti seekor ular yang pantas, larilah dia berbalik ke belakang tanpa menoleh.” (An-Naml: 10)

Allah SWT berfirman:

“Kalimat Rabb-mu (keputusan-Nya) telah ditetapkan, ‘Sesungguhnya, aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.'” (Hud: 119)

Allah SWT berfirman:

“Dan sesungguhnya jin mengetahui bahawa mereka benar-benar akan diseret (ke dalam neraka).” (As-Saffat: 158)

Allah SWT berfirman:

“Katakanlah, ‘Aku berlindung kepada Pemelihara manusia. Raja manusia. Tuhan manusia. Dari buruknya bisikan syaitan yang bersembunyi. Yang membisikkan di dada-dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.'” (An-Nas: 1-6)

Allah SWT berfirman:

“Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosa mereka.” (Ar-Rahman: 39)

Allah SWT berfirman:

“Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh jin.” (Ar-Rahman: 56, 74)

Petikan daripada buku “Ensiklopedia Rawatan Islam”
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Prof. Sya’ban Ahmad Solih

Get real time updates directly on you device, subscribe now.