Apa Yang Dimaksudkan Dengan Syaitan

693

Ibnu Jarir Ath-Thabari mengatakan, “Di dalam bahasa Arab, syaitan bererti setiap pembangkang. Baik dari kalangan manusia, jin, binatang dan sebagainya. Begitu pula dengan firman Allah SWT :

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu, musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah Al-An’am: 112)

Allah SWT telah menciptakan syaitan dari kalangan manusia, sebagaimana Dia juga menciptakan syaitan dari kalangan jin. Kemudian, ada juga hadis daripada Ath-Thabari yang sanadnya daripada Aslam Al-Adwi RA bahawa Umar bin Khattab RA pernah menunggang binatang yang berjalan dengan lagak sombong. Maka Umar RA memukulnya. Namun jalannya semakin sombong. Oleh itu dia pun turun darinya dan berkata, “Sesungguhnya haiwan yang kalian berikan untuk aku tunggangi ini ialah syaitan. Aku tidak akan turun darinya melainkan disebabkan jiwaku mengingkarinya.”

Saya berkata, “Sanad hadis ini hasan.”

Seterusnya Ibnu Jarir Ath-Thabari mengatakan, “setiap pembangkang disebut sebagai syaitan adalah kerana tingkah laku dan tindakan serta seluruh budi pekertinya yang sangat jauh dengan nilai-nilai kebaikan.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.