Adanya Kerasukan Dalam Dalil-Dalil Syarie (Bhgn 1) – IKHTIAR SYIFA

225

Adanya kerasukan telah ditetapkan oleh dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan dalil aqli (logik). Hal tersebut merupakan realiti yang telah terbukti. Hanya orang sombong dan pembangkang saja yang tidak mempercayainya.

  1. Dalil-Dalil dari al-Quran

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual-beli dan mengaramkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Prang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah: 275)

Imam Qurtubi berkata, “Ayat ini menjadi dalil yang tidak menerima pendapat dan anggapan orang yang mengingkari realiti kerasukan jin serta mengatakan bahawa itu hanyalah sifat manusia sahaja. Dan bahawa syaitan tidak dapat merasuk pada diri manusia serta tidak boleh mengakibatkan gangguan (kerasukan).”

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam At-Thabari mengatakan, “Basyar bercerita kepada saya, ‘Yazid menceritakan daripada Said yang menceritakan daripada Qatadah, dia berkata, ‘Riba pada zaman Jahiliah ialah urusan jual beli dengan menunda pembayaran sampai masa tertentu.’

Jika masa yang telah ditentukan tiba, tetapi orang yang berhutang belum mampu membayarnya, maka di pemberi hutang akan menunda pembayaran namun dengan menambah sedikit harganya. Maka, Allah SWT berfirman kepada orang-orang yang menyuburkan amalan riba yang telah kita terangkan ciri-cirinya di dunia, bahawa di hari kiamat kelak, mereka akan dibangkitkan dari kubur seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan. Maksudnya, mereka akan dirasuki syaitan di dunia ini dan dibuat seperti orang gila.”

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata ketika mentafsiri ayat 275 surah al-Baqarah:

Dengan: “Mereka akan berdiri seperti berdirinya seorang yang berpenyakit gila. Ketika sedang sakit, syaitan akan mempermainkannya. Hal demikian kerana mereka melakukan suatu kemungkaran.”

Imam Al-Alusi berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang memakan (mengambil) harta riba, tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang kerasukan kerana tekanan penyakit gila di dunia ini. Lafaz “At-Takhabbuttu” (kerasukan) ialah suatu bentuk tindakan yang puncaknya ialah memukul dengan tangan terus menerus ke segala arah. Maksud firman Allah SWT “minalmassi” (lantaran gangguan) islah kegilaan. Jika ada yang berkata, “Mussarrajulu” (seseorang terganggu), menurut orang Arab bererti dia tertimpa penyakit gila kerana kerasukan jin. Sedangkan makna aslinya ialah menyentuh dengan tangan. Disebutkan sedemikian, kerana syaitan adakalanya menyentuh manusia, sehingga kelenjar-kelenjarnya rosak dan akhirnya ditimpa kegilaan.”

Bersambung…

Get real time updates directly on you device, subscribe now.