Adakah Jin Menikah dan Mempunyai Keturunan?

488

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Khafi ayat 50 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kami kepada Adam”, lalu mereka pun sujud kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin, maka dia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia (iblis) dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai penganti (Allah) bagi orang yang zalim.”

Al-Qadhi Badruddin Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli berkata, “Ayat mulia ini menunjukkan bahawa bangsa jin juga melakukan pernikahan demi memperolehi keturunan.”

Sebahagian ulama juga berpendapat bahawa bangsa jin juga melakukan pernikahan. Hal ini dapat dijelaskan melalui firman Allah SWT:

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.”
(Surah Al-Rahman : 56)

Al-Baihaqi pula meriwayatkan, “Dari Abu bin Masud RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya sebanyak lima belas jin daripada Bani Ikhwah dan Bani ‘Ammin hadir pada malam aku membacakan al-Quran kepada mereka.”

Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih, bahawa dia pernah ditanya mengenai hakikat jin; adakah mereka makan, minum, menemui ajal dan saling menikah? Dia menjawab, “Mereka terdiri daripada beberapa jenis. Jin yang paling murni (asli) ialah yang berupa angin, mereka tidak makan, tidak minum, tidak mati dan juga tidak mempunyai keturunan. Tetapi, ada juga jenis jin yang makan, minum, mati dan melakukan perkahwinan.”

Pada hari kiamat, jin akan memberikan persaksian bagi orang yang mengumandangkan azan. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Aku peratikan kamu sangat menyukai kambing dan mengembalakannya ke lembah. Jika kamu berasa di suatu bersama kambingmu, lalu kamu ingin mengumandangkan suara azan untuk solat, keraskanlah suaramu. Kerana setiap jin, manusia dan apa saja yang mendengar suara muadzin yang mengumandangkan azan, kelak akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat.”

Oleh itu, setiap kali syaitan mendengarkan laungan azan, ia akan lari tercirit-birit, menjauh dan ia akan mengeluarkan kentut, supaya tidak boleh mendengarnya. Sebabnya, jika mendengarnya kelak pada hari kiamat dia akan ikut memberikan persaksian kepadanya. Padahal ia adalah musuh ketat bagi orang yang beriman. Lalu bagaimana mungkin dia akan memberikan persaksian kepada musuhnya?

Imam Malik, Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika azan dilaungkan untuk melaksanakan solat, syaitan akan berpaling dengan mengeluarkan kentut supaya dia tidak mendengarkan suara azan tersebut. Dan setelah azan dilaungkan, dia akan kembali hingga iqamah untuk solat dilaungkan, dan setelah iqamah selesai, dia kembali lagi. Lalu dia mengganggu orang yang solat dan berkata, “Ingatlah ini, ingatlah itu, padahal sebelumnya dia tidak pernah memikirkannya, hingga orang tersebut tidak mengetahui sudah berapa rakaat solatnya.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.