Banyak hadis sahih yang menerangkan bahawa jin makan dan minum. Dalam sahih al-Bukhari terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a. pernah membawakan bekas air untuk berwuduk dan memenuhi keperluan Rasulullah SAW bertanya, “Siapa?”. Abu Hurairah menjawab, “Abu Hurairah”. Baginda berkata, “Tolong carikan aku batu untuk bersuci, dan jangan kamu mengambil tulang dan kotoran haiwan.” Lalu saya membawakan beberapa batu yang dibawa di atas pakaian saya, kemudian saya meletakkannya di samping Rasulullah SAW setelah itu saya pun berlalu pergi.
Setelah baginda selesai daripada keperluannya, saya berjalan bersama baginda. Lalu saya bertanya, “Ada apa dengan tulang dan kotoran haiwan?” Baginda berkata, “Kedua-duanya ialah makanan jin. Aku pernah didatangi oleh utusan jin Nasibain, jenis jin paling baik. Mereka bertanya kepadaku tentang makanan mereka. Maka, aku berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan rasa pada setiap tulang dan kotoran haiwan yang dijumpai oleh bangsa jin.”
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis di dalam sahihnya, Abdullah bin Umar r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kalian makan, hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila dia minum hendaknya dia minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya.”
Dalam kitab sahihnya, Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Huzaifah bin Yaman r.a. dia berkata, “Setiap kali kami menghadapi makanan bersama Rasulullah SAW, kami tidak berani mendahului baginda untuk mengambil makanan sampai baginda SAW memulai dan mengambil dengan tangannya. Pada suatu kali, kami menghadiri jamuan makanan bersama Rasulullah SAW. Kemudian, datang seorang budak perempuan kecil yang kelihatan sangat berselera ketika melihat hidangan tersebut. Oleh itu dia pun bergegas menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan. Namun Rasulullah SAW segera memegang tangannya.”
Kemudian datang lagi seorang Arab Badwi, dan kelihatan juga sangat berselera untuk menikmati hidangan itu. Baginda menahan dan memegang tangannya lalu bersabda, “Sesungguhnya syaitan ikut makan makanan yang tidak disebutkan nama Allah. Dia datang bersama hamba sahaya ini untuk memakan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Lalu dia juga datang bersama Arab Badwi ini untuk ikut makan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Lalu dia juga datang bersama Arab Badwi ini untuk ikut makan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya.”
Kemudian datang lagi seorang Arab Badwi, dan kelihatan juga sangat berselera untuk menikmati hidangan itu. Baginda menahan dan memegang tangannya lalu bersabda, “Sesungguhnya syaitan ikut makan makanan yang tidak disebutkan nama Allah. Dia datang bersama hamba sahaya ini untuk memakan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Lalu dia juga datang bersama Arab Badwi ini untuk ikut makan makanan ini, maka aku pun memegang tangannya. Demi Allah yang jiwaku dalam genggaman- Nya, sesungguhnya tangan syaitan itu berada pada tanganku bersama tangan hamba sahaya ini.” Pada riwayat lain Imam Muslim menambahkan, “Kemudian baginda menyebut nama Allah dan makan.”
Saya berkata, “Maksud daripada perkataan “berselera” di dalam hadis ini ialah cepat-cepat ingin mengambil makanan tersebut tanpa mengucapkan doa. Seolah-olah ada yang mendorongnya dar belakang.”
Imam Muslim juga meriwayatkan di dalam sahihnya sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a., dia pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, ‘Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian. Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkat (kepada saudara-saudaranya), “Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.’ Dan ketika malan, dia tidak meneybut nama Allah. Syaitan berkata, ‘Kalian boleh ikutnya makan malam’.
Ada tiga pendapat ulama perihal makan dan minumnya jin:
Pendapat pertama: Semua jenis jin tidak makan dan tidak minum. Ini ialah pendapat yang batil dan tidak ada dalilnya.
Pendapat kedua: Segolongan daripada bangsa jin ada yang makan dan minum, tetapi ada yang tidak makan dan tidak minum. Pendapat ini mengambil dalil daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr daripada Wahab bin Munabbih r.a., dia berkata, “Jin terdiri daripada beberapa jenis. Jenis yang paling murni ialah jin berupa angin yang tidak makan, tidak minum dan tidak berketurunan. Ada juga jenis yang makan, minum dan berketurunan. Yang terakhir adalah para tukang sihir dan hantu-hantu dari jenis jin. Disebutkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari. Pendapat ini menggunakan dalil daripada hadis riwayat Tsa’labah Al-Khasyani (dan sudah disebutkan) pada perbahasan jenis-jenis jin. Saya katakan, “Ini hanya kemungkinan.”
Pendapat ketiga: Semua jenis jin makan dan minum.
Saya katakan, “Pendapat ini lebih dapat diterima daripada dua pendapat sebelumnya. Pendapat inilah yang sesuai dengan hadis-hadis yang telah dikemukakan sebelumnya. Wallahu a’lam
Adapun hadis Abdullah bin Masud r.a. telah diriwayatkan Imam Muslim, “Makanan kalian ialah tulang binatang yang kalian temukan dan ketika menyembelihnya disebutkan nama Allah, dan itu merupakan makanan yang paling banyak dagingnya.”
Sedangkan Abu Daud dan yang lainnya meriwayatkan dengan lafaz, “Setiap tulang yang tidak disebutkan nama Allah (ketika disembelih).”
Jika hadis ini tidak terbalik perawinya, boleh saja dilakukan metod “al-Jam’u” ( penggabungan antara dua riwayat yang maknanya kelihatan bertentangan),” iaitu, bahawa riwayat Imam Muslim khusus jin muslim, sementara riwayat Abu Daud khusus jun kafir. Wallahu a’lam bish shawab.