Jin seperti makhluk-makhluk yang lain juga hidup berkahwin beranak cucu dan akhirnya menemui ajal mereka. Kemudian di padang mahsyar mereka akan dihimpunkan dan akan dihitung segala amalan mereka.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Setiap makhluk termasuk apa sahaja di muka bumi ini, (baik di atas maupun di dalam bumi, di udara, di dalam sungai, laut dan di atas langit) kesemuanya akan menghadapi kematian dan kebinasaan. (Jin adalah penghuni bumi dan langit dan mereka akan mati sebagaimana kita mati.)
Melainkan zat Allah baginya segala peraturan dan hukum dan kepadanya kamu akan dikembalikan.
FirmanNya:
Maksudnya:
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Ibnu Abbas RA menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya:
Aku berlindung kepada kemuliaan Engkau yang tiada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati, tetapi jin dan manusia akan mati. (Al Bukhari)
Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa jin itu tetap mati. Yang timbul persoalan ialah apabila iblis memohon penangguhan kematiannya itu sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran.
Maksudnya:
Iblis menjawab: “Beri tangguhlah daku sampai waktu mereka dibangkitkan. “Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”
Dalam ayat ini Allah membenarkan penangguhan sehingga hari Qiamat. Ibnu Abbas RA berkata sesungguhnya Allah SWT menangguhkan kematian Iblis sehingga tiupan yang pertama, tetapi Iblis meminta tangguh sehingga tiupan yang kedua tetapi permohonan itu ditolak. Iblis bercadang agar tidak merasai kematian, oleh itulah kalau ia ditangguhkan sehingga selepas kebangkitan, bermakna ia tidak akan mati.
Abu Said Al-Khudri RA meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah membunuh satu jin yang menyamar sebagai seekor ular.
Sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
Sesungguhnya di Madinah ini ada jin yang telah Islam, kalau kamu melihat mereka, beri amaran selama tiga hari, kalau masih ada selepas ini bunuhlah kerana itu adalah syaitan. (Sahih Muslim)
Kalau boleh dibunuh maknanya, jin akhirnya akan mati. Kalau tidak apa gunanya dibunuh mereka itu.Mereka juga mati terbakar setelah berusaha mencari berita dari langit sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Hijr ayat 18:
Maksudnya:
Kecuali syaitan-syaitan yang memasang telinga (untuk mendengar Qur’an) mereka akan diikuti oleh sinar api yang terang. Mereka terbakar dan akan mati dibakar oleh bintang akibat mencuri berita dari langit.
(Umdatul-Qari Syarah Sahih Al-Bukhari lil Aini 10/19)
Walau bagaimanapun yang ditangguh ini hanyalah Iblis yang bernama Azazil sedangkan anak cucunya akan mati menemui ajal masing-masing kerana di dalam Al-Quran menyebut bukan kesemua jin ditangguhkan kematian mereka.
Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa jin dan syaitan mati menemui ajal mereka masing-masing, tetapi Azazil yang hidup di syurga bersama Adam AS dahulu ditangguhkan kematiannya berdasarkan permohonannya kepada Allah SWT dan dia akan mati pada saat akhir dunia ini iaitu setelah tiupan sangkakala yang pertama.