Perhubungan di antara jin dan manusia memang wujud dan ditegaskan di dalam Al-Quran, Sunnah dan Ijma ulama’. Tetapi perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Jin ada kalanya masuk ke dalam badan manusia dengan cara yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan manusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat dan bermacam-macam lagi akibat tindakan mereka.
Golongan jin yang melakukan perbuatan ini adalah yang kafir atau fasiq. Tetapi jin yang beriman tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia yang beriman juga.
Dan dengan kurniaan Allah SWT umat manusia diajar cara-cara bagaimana untuk mempertahankan diri daripada gangguan jin ini akan diterangkan cara-cara mendinding diri daripada gangguan mereka.