Adakah Boleh Seseorang Bercakap Dengan Jin?

1,089

Sesungguhnya Para Rasul, Nabi-nabi, Wali-wali Allah, orang-orang soleh dan sebagainya boleh menguasai alam Jin, mereka boleh berhubung dengan jin, berbincang dan bercakap, juga boleh mengeluarkan jin daripada jasad manusia melalui kekuatan zikir dan kekuatan rohani dan menundukkan mereka melalui kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

Dan ini terbukti melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagaimana firmannya:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku bahawasanya, telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al-Quran) lalu mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan memberi pimpinan ke jalan yang benar, kerananya kami beriman dan tidak akan mempersekutukan tuhan kami dengan sesuatu pun.”

Peristiwa ini adalah berlangsung di antara Nabi kita Muhammad SAW dan golongan jin yang beriman.

Begitu juga perbualan di antara Nabi Allah Sulaiman dengan jin Ifrit sebagaimana firmannya dalam surah An Naml ayat 39:

Maksudnya: “Saya sanggup membawa singgahsana itu kemari sebelum tuanku bangkit dari tempat duduk tuanku.”

At-Tabarani dan Abu Naim menjelaskan di dalam kitabnya “Ad-Dalail” riwayat daripada Ibn Mas’ud.

Seorang lelaki keluar kemudian bertemu dengan jin, tiba-tiba jin itu berkata, apakah engkau boleh bergumpal atau berlawan denganku, kalau engkau boleh mengalahkan aku, akan kuajarkan satu ayat kalau dibawa ketika engkau masuk ke dalam rumah syaitan tidak akan masuk, maka berlawanlah kedua mereka. Akhirnya jin itu dapat dikalahkan. Maka jin itu berkata, engkau baca ayat Al-Kursi, kerana kalau dibaca syaitan akan keluar dari rumah itu. Ditanya orang siapakah gerangan orang itu? Siapa lagi kalau bukan Umar Ibn Khattab.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.