Adakah Bangsa Jin Juga Terkena Taklif Syarie (kewajipan untuk beribadah kepada Allah)

476

Ya, bangsa jin juga terkena taklif syarie sama halnya seperti manusia.

Ibnu Abdil Barr mengatakan, “Menurut jumhur ulama, jin terkena taklif dan mendapatkan perintah untuk beribadah kepada Allah. Allah SWT berfirman:

“Wahai sekalian jin dan manusia! Adakah belum datang kepada kamu para rasul daripada golongan kamu sendiri yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepada kamu terhadap pertemuan kamu pada hari ini? Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”. Dan kehidupan dunia telah menipu mereka dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang yang kafir.”
(Surah al-An’am: 130)

Dan juga kerana firman Allah SWT:

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu distakan?”
(Surah Al-Rahman: 13)

Fakhruddin Ar-Razi berkata (di dalam tafsir Ar-Razi), ‘Semua ulama sepakat bahawa semua bangsa jin juga dibebani taklif’. Al-Qadhi Abdul Jabbar berkata, ‘Kami tidak menemukan adanya khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan para ulama tentang jin dibebaninya dengan taklif’.”

Di dalam fatwa-fatwanya Imam As-Subki berkata “Jika kamu bertanya adakah bangsa jin dibebani taklif untuk menjalankan syariat Allah dalam keutamaan keimanan saja atau dalam segala urusan yang berkenaan dengan syariat Islam?

Jawabnya: Bahkan dalam segala urusan yang berkenaan dengan syariat Islam, kerana kalau sudah ditetapkan bahawa Rasulullah SAW diutuskan kepada mereka, seperti halnya baginda diutus kepada kalangan manusia. Dakwah dan sasaran baginda ialah umum, maka seluruh kewajipan syariat berlaku bagi mereka, kecuali kalau ada dalil yang menjelaskan ada sebahagian daripada mereka yang tidak terkena hukum taklif tersebut.’

Kami juga berkata, “Sesungguhnya mereka juga berkewajipan melakukan solat, menunaikan zakat jika mereka memiliki harta yang sudah mencapai nisab dan syarat-syaratnya, menunaikan ibadah haji, puasa pada bulan Ramadhan dan hukum-hukum taklif lainnya, dan diharamkan untuk mereka segala sesuatu yang diharamkan di dalam syariat Islam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.