1) PENYAKIT DAN MASALAH YANG BUKAN BERPUNCA DARIPADA GANGGUAN
Contohnya: Masalah halusinasi, masalah mental, penyakit fizikal yang perlukan rawatan moden atau doktor, atau masalah yang berpunca daripada sikap sendiri.
2) GANGGUAN KRITIKAL ATAU BERAT
Pesakit hanya membuat rawatan dan berikhtiar sekali sahaja sedangkan mereka merupakan pesakit kritikal. Jika mereka dalam golongan gangguan berat ini, mereka sebaiknya memerlukan rawatan berulang-kali supaya mereka bebas daripada sebarang gangguan.
3) MALAS ATAU BERAT MELAKUKAN PERKARA WAJIB
Perkara wajib seperti solat fardhu dan perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai benteng diri.
4) BERSANGKA BURUK DAN KURANG SABAR
Pesakit terlalu bersangka buruk terhadap orang sekeliling dan meyalahkan orang sekeliling terutamanya kepada orang yang ingin beri rawatan. Mereka hanya ingin rawatan yang cepat sahaja.
5) TAKSUB INGIN TAHU PELAKU SIHIR
Pesakit terlalu ingin tahu siapa yang beri dan buat sihir kepadanya. Sepatutnya mereka lebih berusaha mencari kesembuhan. Tetapi pesakit lebih sibuk ingin tahu orang yang hantar sihir dan terus menyalahkan orang lain.
Sign in
Sign in
Recover your password.
A password will be e-mailed to you.
Get real time updates directly on you device, subscribe now.