Nikmat Berbuka Puasa Dengan Kurma

592

Diriwayatkan daripada Anas bahawa dia mengatakan, Rasulullah SAW biasa berbuka puasa dengan beberapa butir kurma basah sebelum solat. Kalau tidak ada kurma basah, baginda berbuka dengan beberapa butir kurma kering. Kalau kurma kering pun tidak ada, baginda berbuka hanya dengan beberapa teguk air putih.

Petunjuk Nabi ini menyimpan banyak hikmah dan rahsia tersembunyi yang mengagumkan , sekaligus merupakan petunjuk perubatan dan kesihatan yang amat hebat. Nabi memilih makanan tersebut, bukan yang lain, untuk orang yang berbuka puasa. Itu mengisyaratkan sebuah rahsia perubatan dan hikmah ilmiah yang dapat diketahui secara mudah oleh orang-orang yang berakal sihat.

Sesuatu yang paling penting untuk dijadikan bekalan bagi orang berpuasa saat berbuka iaitu tenaga baru untuk menggantikan tenaganya yang berkurangan semasa puasa di siang hari. Kurma puasa bererti mengosongkan perut dari makanan. Sehingga wajar bila hati tidak mendapatkan sesuatu untuk ditarik menjadi tenaga dan dialirkan ke seluruh anggota tubuh. Zat manis adalah sesuatu yang paling mudah sampai ke hati dan paling sesuai dengan karakternya, apalagi bila itu adalah zat manis dalam kurma basah. Kurma basah ataupun kurma kering mengandungi zat gala glukosa dan juga sukrosa. Jenis zat-zat gula seperti itu amat mudah diserap oleh perut dan usus hanya dalam waktu sekitar 5-10 minit. Untuk perut dan usus yang kosong, seperti yang dialami oleh orang berpuasa , ternyata mendapat banyak keuntungan dan kurma, kerana kurma mengandungi 25% zat gula dan 68% air.

Ertinya, dengan memakan kurma basah atau kering, tubuh mendapat zat gula dalam jumlah besar, belum lagi zat-zat itu amat mudah diubah menjadi tenaga. Kerana baik perut mahupun usus dalam keadaan kosong, sehingga kedua-duanya betul-betul siap bekerja dan menyerap zat gula itu yang cukup banyak pada kurma basah, atau boleh juga kurma kering yang direndam dalam air.

Di samping itu, kurma basah dan kurma kering tidak memerlukan waktu berjam-jam untuk dicerna, seperti halnya waktu yang diperlukan untuk mencerna lemak.

Berbuka dengan kurma, dapat mengurangi rasa lapar orang yang berpuasa, sehingga tidak harus segera makan sesudahnya. Selain itu juga boleh menghilangkan keluhan kurang gula, seperti tidak dapat bergerak secara normal, atau merasa lesu dan lemas, pandangan pinar atau tidak mampu berfikir dan memberi tumpuan.

Bahkan kalangan ahli perubatan menganjurkan orang-orang berpuasa yang merasakan kendala tersebut, untuk sentiasa mengambil sejumlah zat-zat gala semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh.

Demikianlah sebahagian dari rahsia kenapa orang berpuasa dianjurkan berbuka dengan kurma. Dengan itu, tampak pula hikmah kenabian yang demikian mulia. Maha Suci Allah yang berfirman,

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”

Semoga Allah melimpahkanlah selawat dan salam kepada baginda.

Doktor Shobri Al-Qubbani menjelaskan, “Kalau dalam berpuasa kaum muslimin mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang agung, berbuka puasa dengan beberapa butir kurmadan segelas putih, limau atau jus lemon, tentu mereka akan mendapatkan banyak khasiat kesihatan dari puasa. Dan tentu mereka juga berjaya merealisasikan apa yang terdapat dalam hadis yang ertinya, ‘Berpuasalah, kalian akan sihat.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.