Kebaikan Bidara Dalam Rawatan Tradisi & Cara Penyimpanan

176

1. Merawat sembelit

Keringkan dan simpan kulit batang pohon bidara yang telah berusia 3-4 tahun selama 1-2 tahun dapat merawat sembelit. Ambil 1 sudu besar kulit batang pohon ini & rendam di dalam setengah liter air selama 12 jam. Kemudian minum air rendaman ini pada setiap waktu pagi & petang. Petua ini dipercayai dapat mengubati sembelit akut & gangguan yang ditimbulkannya seperti lemah darah, debaran jantung yang tidak teratur & penyakit di dalam perut.

2. Perawatan kulit & jerawat

Ambil beberapa daun bidara lalu tumbuk halus kemudian masukkan ke dalam cawan atau mangkuk, tambahkan sedikit air sehingga campuran agak sedikit kental. Kemudian sapukan pada kulit wajah sebagai masker. Biarkan beberapa saat hingga mengering seluruhnya dan cuci dengan air bersih saja tanpa perlu menggunakan sabun.

CARA PENYIMPANAN

Buah bidara boleh dimakan segar ataupun dikeringkan. Buah bidara segar perlu dibungkus dengan plastik yang berlubang sebelum disimpan untuk mengurangkan kehilangan air daripada buah dan untuk peraliran udara serta disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

Bagi buah bidara kering pula, perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan di tempat yang kering supaya tidak mudah rosak dan mampu tahan lama tanpa merosakkan rasa, warna dan teksturnya. Bekas makanan harus diletakkan di atas rak untuk mengelakkan kontaminasi. Selain itu, sentiasa habiskan stok yang lama dalam bekas sebelum stok baharu ditambah agar jangka masa penyimpanan buah bidara kering lebih lama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.